Harian Metro

TIDAK MUDAH TERLUPUS

Kaedah pakai buang pad menyumbang pada pencemaran hasil sisa pembuangan

- Oleh Hafiz ithnin hafizithni­n@mediaprima. com.my

“Tampon sesuai untuk wanita yang aktif dalam sukan, kembara dan yang bekerja dalam waktu yang panjang. Perlu ditukar antara enam hingga lapan jam mengikut saiz.

“Perkara ini penting untuk mengelakka­n darah haid tersimpan terlalu lama yang mengundang jangkitan. Sindrom kejutan darah (toxic shock syndrome) walaupun tidak biasa berlaku, agak membahayak­an akibat jangkitan kuman dalam faraj dan seterusnya dalam pelvis,” katanya.

Menjelaska­n mengenai cawan haid pula katanya, alat itu adalah inovasi terkini untuk wanita. Ia diperbuat daripada bahan plastik mudah lentur dan perlu ditukar setiap 12 jam selepas penggunaan.

“Cara penggunaan cawan haid memerlukan latihan. Ia tidak mahal, boleh dipakai semula, senang dicuci dan mesra alam kerana tidak perlu dibuang melainkan sudah koyak. Kadangkala bahan ini memerlukan pelincir untuk memudah cara penggunaan ketika memasukkan­nya dalam faraj.

“Bahan ini dapat mengekalka­n nilai keasidan dan kealkalian (pH) dan ekoflora faraj selain kurang menimbulka­n bau akibat bakteria kepada wanita yang menggunaka­nnya,” katanya.

Jelasnya, tampon dan cawan haid , jika dipakai dengan betul, tidak menyakitka­n si pemakai. Namun, perlu berhati-hati terutama jika ada tandatanda sakit dalam faraj, lendiran faraj yang gatal, berbau atau bertukar warna kerana perkara sebegitu adalah gejala jangkitan faraj yang perlu rawatan sesuai.

“Seperkara lagi, wanita yang belum berkahwin sebenarnya tidak perlu mempunyai kebimbanga­n mengenai kerosakan pada selaput dara kerana penggunaan alat berkenaan walaupun berpotensi berlaku kerana khuatir dianggap sudah melakukan hubungan kelamin sebelum berkahwin.

“Stigma ini perlu diubah kerana kerosakan selaput dara bukan atas faktor hubungan kelamin sahaja. Jadi, masyarakat perlu memahami mengenai faktor lain seperti seseorang anak gadis itu menggunaka­n tampon atau cawan haid ketika tempoh haid berlaku,” katanya.

Dr Norleen menambah, ibu atau penjaga juga belum bersedia memperkena­lkan tampon atau cawan haid berkenaan kepada gadis yang kali pertama mendapat haid (menarche) kerana ia dilihat sesuatu yang kompleks berbanding penggunaan pad sanitari yang lebih popular digunakan untuk wanita belum berkahwin.

“Dari segi sejarah awal, ada evolusi kaedah penyerapan bermula dari zaman sebelum tamadun apabila daun kering digunakan sebagai pelapik pada alat sulit wanita ketika mereka didatangi haid.

“Seterusnya, kain pula menggantik­an kaedah itu dan ia bertahan agak lama sehingga sekitar akhir tahun 60-an. Waktu ini pad sanitari mula diperkenal­kan dengan gelungan tepi untuk digantung ke tali pinggang. Kaedah ini kemudian diinovasi ke bahan yang kuat menyerap, hipoalerge­nik sama ada dengan atau tanpa pewangi,” katanya.

Menjelaska­n mengenai pad sanitari katanya, kaedah pakai buang pad menyumbang pada pencemaran hasil sisa pembuangan kerana ia bukan suatu bahan yang tidak mudah terlupus.

“Cara pembuangan juga perlu diberi perhatian iaitu dibungkus rapi kerana khuatir mampu mengundang vektor penyakit berjangkit seperti lalat. Ia juga tidak boleh dipam melalui mangkuk tandas.

“Pad sanitari dari segi belanjawan kekal harga termampu. Ia masih popular dalam kalangan remaja kerana mudah dipakai. Apatah lagi, di pasaran ketika ini mempunyai teknologi terbaharu dengan ciri-ciri seperti bersayap untuk mengelakka­n kebocoran tepi, berpelekat supaya lebih statik, pelbagai saiz untuk hari yang lebih berdarah dan didatangka­n dengan pewangi untuk meresap bau kurang menyenangk­an,” katanya.

Tambahnya, terdapat segelintir pemakai yang mengalami ruam sentisif pada bahan pad mahu pun bahan pewangi.

Untuk golongan ini, ada pad yang diperbuat daripada fabrik hipoalerge­nik yang boleh dicuci dan dipakai semula walaupun daya serapan agak kurang daripada pad pakai buang.

“Pastinya pemilihan kaedah ini perlu kaunseling

Stigma ini perlu diubah kerana kerosakan selaput dara bukan atas faktor hubungan kelamin sahaja. Jadi, masyarakat perlu memahami mengenai faktor lain seperti seseorang anak gadis itu menggunaka­n tampon atau cawan haid ketika tempoh haid berlaku DR NORLEEN

dari doktor, izin lisan daripada ibu bapa atau penjaga terutama pada sesi kaunseling kepada remaja yang kali pertama mengalami haid.

“Disarankan sesi kaunseling umum diadakan di peringkat sekolah rendah dan menengah atas untuk persiapkan gadis melangkah alam akil baligh,” katanya.

Ayam percik antara menu yang popular di negara ini. Baunya sahaja mampu membuka selera. Apatah lagi, jika melihat hidangan itu di depan mata.

Chef peribadi, Wan Muhammad Syahmi Wan Roshdee berkata, ayam percik adalah berasal dari pantai timur dan begitu digemari ramai kerana rasanya yang cukup lazat.

Jelasnya, ramai yang beranggapa­n menyediaka­n resipi ayam percik sesuatu yang rumit. Hakikatnya, menyediaka­n hidangan itu adalah mudah.

“Saya sendiri menggemari hidangan ini. Pada awalnya, sebelum mempelajar­i resipinya pasti mempunyai persepsi yang sama iaitu sukar untuk menyediaka­nnya.

“Namun, saya mempelajar­i cara menyediaka­n hidangan ini menerusi ibu tercinta kerana di Kuala Lumpur agak sukar untuk mendapatka­n ayam percik merah yang kena dengan cita rasa sendiri,” katanya.

Justeru, Wan Muhammad Syahmi berkongsi resipi menyediaka­n ayam percik merah untuk pembaca Wanita Metro (WM):

 ?? ?? PENGGUNAAN alat tidak sesuai ketika haid boleh mendatangk­an ketidaksel­esaan.
PENGGUNAAN alat tidak sesuai ketika haid boleh mendatangk­an ketidaksel­esaan.
 ?? FOTO | SUMBER PEXELS ?? PAD sanitari antara yang popular digunakan wanita.
FOTO | SUMBER PEXELS PAD sanitari antara yang popular digunakan wanita.
 ?? ?? PENGGUNAAN cawan haid memerlukan latihan.
PENGGUNAAN cawan haid memerlukan latihan.
 ?? ?? TAMPON sesuai untuk wanita yang aktif bersukan.
TAMPON sesuai untuk wanita yang aktif bersukan.
 ?? ??
 ?? ?? AYAM percik sememangny­a popular untuk dijadikan hidangan.
AYAM percik sememangny­a popular untuk dijadikan hidangan.
 ?? ?? BAHAN kuah percik antaranya santan, serai dan gula melaka.
BAHAN kuah percik antaranya santan, serai dan gula melaka.
 ?? ?? BAHAN perapan ayam.
BAHAN perapan ayam.
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia