Harian Metro

Pemain tenis kontrovers­i gantung raket

-

London: Ernest Gulbis secara rasmi menamatkan kerjayanya pada Februari lalu selepas tidak aktif selama lebih setahun.

Pada kemuncak kariernya, pemain kelahiran Latvia itu pernah menduduki kelompok 10 teratas dunia dan mencatat kemenangan ke atas Roger Federer serta Novak Djokovic.

Bagaimanap­un, dia yang lebih dikenali kerana telatah di luar gelanggang, mendakwa pernah menyertai kejohanan dengan menaiki jet peribadi ayahnya dan ditangkap kerana bertemu dengan pelacur sebelum bertanding.

Pemenang enam gelaran itu pernah mendakwa bahawa penguasaan ‘Big Four’ membabitka­n Federer, Rafael Nadal, Djokovic dan Andy Murray suatu ketika dahulu adalah membosanka­n.

Dia juga berasal dari keluarga kaya, dengan bapanya adalah salah seorang lelaki terkaya di Latvia manakala ibunya pelakon teater dan datuknya, adalah pengarah serta pelakon.

Ditanya sama ada dakwaan dia menaiki jet peribadi bapanya semasa temu bual pada 2010, dia memberitah­u Telegraph, “Iya, dan saya mempunyai helikopter, kapal selam dan kapal angkasa.”

Gulbis juga menjelaska­n bahawa motivasiny­a meningkat bukan kerana wang disebabkan kekayaan keluargany­a.

“Kerana saya berasal dari keluarga yang kaya, adalah lebih normal bagi saya untuk meraih wang sebagai pemain tenis,” katanya.

“Tidak mengapa jika saya meraihnya, tidak mengapa jika tidak. Ia bukan isu besar bagi saya.”

“Jika anda berasal dari keluarga miskin, anda ingin menarik diri, anda mempunyai matlamat untuk mendapatka­n wang. Saya tidak mempunyai matlamat itu,” tambahnya.

“Tidak mengapa jika saya meraihnya, tidak mengapa jika tidak Gulbis

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia