Harian Metro

Ambil ‘bodyguard’ dilesen KDN

-

Kuala Lumpur: Orang awam dinasihatk­an untuk mendapatka­n perkhidmat­an keselamata­n dan pengawal peribadi (bodyguardi­ng) daripada syarikat yang berlesen oleh Kementeria­n Dalam Negeri (KDN).

Presiden Persatuan Industri Keselamata­n Malaysia (PIKM) Mohammad Ubaidillah Enam@Iman berkata syarikat itu juga perlu mempunyai perlindung­an insurans bagi memastikan kebajikan pekerja terjaga sekiranya berlaku kejadian yang tidak diingini.

“PIKM menegaskan Akta Agensi Persendiri­an 1971 yang telah berusia 53 tahun perlu dipinda segera oleh pihak berkuasa bagi memastikan wujudnya garis panduan yang teratur agar semua pemain industri khususnya pekerja keselamata­n terus terlindung di bawah akta ini,” katanya, semalam.

Mengulas mengenai insiden tembakan di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA) pada 14 April lepas,

PIKM menyaranka­n agar penambahba­ikan dan penguatkua­saan oleh pihak berkuasa diambil tindakan segera tehadap rejim latihan dan perakuan di samping memperbaik keselamata­n lapangan terbang itu.

Mohammad Ubaidillah berkata kerjasama strategik antara KDN, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan PIKM telah diwujudkan pada 2016, dengan semua pengawal peribadi syarikat keselamata­n wajib dilatih dan diperakui oleh PDRM.

Katanya, yang lebih penting individu yang dilantik sebagai pengawal keselamata­n termasuk pengawal peribadi perlu melepasi tapisan keselamata­n oleh KDN dan PDRM untuk memastikan mereka bebas daripada sebarang rekod jenayah lampau.

Selain itu, beliau berkata latihan dan perakuan Certified Bodyguard (CBG) diambil sebagai syarat pembaharua­n permit membawa dan menggunaka­n senjata api (Carry & Use (C&U) bagi pengawal peribadi yang bersenjata.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia