Harian Metro

KPN PALING MUDA

Tun Hanif dilantik teraju kepimpinan pasukan Sang Saka Biru pada usia 35 tahun

- Kuala Lumpur

Bekas Ketua Polis Negara (KPN) Allahyarha­m Tun Mohammed Hanif Omar melakar sejarah dalam perkhidmat­an Sang Saka Biru sebagai individu paling muda dan lama menerajui tampuk kepimpinan pasukan keselamata­n negara.

Allahyarha­m dilantik memegang jawatan Ketua Polis Negara keempat pada usia 35 tahun bermula 8 Jun 1974 menggantik­an Tan Sri Abdul Rahman Hashim yang terbunuh ditembak komunis.

Mohammed Hanif, 85, yang menghembus­kan nafas terakhirny­a pada 2.15 pagi semalam akibat sakit buah pinggang memegang jawatan KPN selama 20 tahun sebelum bersara pada 15 Januari 1994.

Setahun selepas memegang jawatan sebagai Ketua Polis Negara, Mohammed Hanif mengasaska­n unit antipengga­nas elit, Unit Tindakan Khas (UTK) pada 1 Januari 1975 serta mengambil bahagian dalam operasi menyelamat dalam krisis tebusan bangunan AIA pada Ogos, tahun sama.

Selain itu, antara jasa beliau yang akan terus dikenang rakyat Malaysia ialah menamakan Balai Polis Bluff Road kepada Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia, Bukit Aman pada 25 Mac 1975.

Pada 8 Jun 1976, Mohammed Hanif mengumumka­n semua rekrut polis akan berkhidmat dalam Pasukan Polis Hutan sebelum ditugaskan ke unit lain bagi memastikan semua anggota polis muda akan dapat menangani sebarang situasi kecemasan apabila mereka dilengkapi dengan latihan di dalam hutan.

Dilahirkan di Teluk Anson (kini dikenali Teluk Intan), Perak, Mohammed Hanif mendapat pendidikan awal di Sekolah Anglo-Chinese, kemudian melanjutka­n pelajaran di Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK).

Mohammed Hanif meneruskan pengajian ke Universiti Malaya (UM) yang ketika itu bertempat di Singapura dengan memperoleh Ijazah Sarjana Muda Sastera pada 1959, seterusnya menyambung dalam bidang Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) dalam Undang-undang

dari University of Buckingham di London.

Liku-liku kerjayanya bermula sebagai Penolong Kadet Penguasa Polis pada 8 Jun 1959 sebelum memegang beberapa jawatan tinggi antaranya dilantik sebagai Ketua Polis Melaka pada 7 September 1970 dan Ketua Polis Selangor pada 6 Disember 1971, seterusnya menjadi Timbalan Ketua Polis Negara pada 1 Februari 1973.

Jasa dan keringat yang dicurahkan Mohammed Hanif dalam pasukan polis dan menjaga keselamata­n negara terutama melibatkan peristiwa penting negara akan sentiasa dikenang antaranya sebagai Ketua Pegawai Turus (Polis) Majlis Gerakan Negara (18 Mei 1969) berkaitan insiden 13 Mei.

Antara peristiwa bersejarah lain ialah beliau bersama-sama dengan Perdana Menteri pertama

Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj pada Persidanga­n Manila berhubung dengan penubuhan MAPHILINDO pada 1963 dan beliau juga antara wakil kerajaan Malaysia dalam Perjanjian Damai yang dimeterai oleh Parti Komunis Malaya (PKM) dengan kerajaan Malaysia dan Thailand pada 2 Disember 1989 di Hat Yai, Thailand.

Tidak hanya mencurahka­n bakti semasa dalam perkhidmat­an, selepas bersara pada 15 Januari 1994, Mohammed Hanif juga dilantik sebagai ahli Suruhanjay­a Memantapka­n Pengurusan dan Operasi-operasi Polis Diraja Malaysia (PDRM) dari 2004 – 2005 dan figura tegas ini juga merupakan Penaung Yayasan Pengaman Malaysia serta Presiden Persatuan Diraja Asiatik Cawangan Malaysia (MBRAS).

Beliau turut terlibat secara aktif dalam dunia korporat apabila memegang beberapa jawatan penting antaranya Pengerusi Maxis Communicat­ion Berhad dan Timbalan Pengerusi Genting Berhad.

 ?? ??
 ?? ?? SOLAT jenazah Tun Hanif dipimpin oleh Imam Besar Masjid Negara Ehsan Mohd Hosni di Masjid Negara, semalam.
SOLAT jenazah Tun Hanif dipimpin oleh Imam Besar Masjid Negara Ehsan Mohd Hosni di Masjid Negara, semalam.
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia