Harian Metro

‘Baru saya faham kenapa dia beli pakaian putih’

-

Machang: “Arwah hanya membeli pakaian putih, tetapi tidak pernah memakainya sebaliknya tersimpan rapi di dalam almari.

“Selepas kejadian petang semalam (kelmarin), barulah saya teringat mengapa arwah suka sangat membeli pakaian putih dan tidak menyangka pilihan warna itu sebagai petanda dia mahu pergi buat selama-lamanya,” kata Siti Fairuz Aziz.

Anak sulungnya, Muhammad Fahmi Adlan Mohd Fauzul Azli, 17, yang juga pelajar pendidikan khas di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Abdul Samad ditemukan lemas petang semalam ketika bermain bersama rakannya di Sungai Mata Ayer.

“Arwah seolah-olah sudah memberi bayangan dia akan meninggal dunia antaranya dengan menyatakan keinginan untuk membeli baju berwarna putih, namun saya tidak berfikir ke arah kematian,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Mulong, Pulai Chondong, di sini, semalam.

Menceritak­an kembali kejadian menimpa arwah anaknya, Siti Fairuz berkata, sebelum kejadian Muhammad Fahmi Adlan keluar dari rumah jam 10.30 pagi kelmarin dengan menunggang motosikal dan arwah tidak memberitah­u ke mana dia hendak pergi.

“Sehinggala­h pada 1.15 petang, seorang rakannya menghubung­i saya dan memberitah­u arwah anak saya lemas dan kami sekeluarga bergegas ke lokasi kejadian yang terletak lebih lima kilometer dari rumah.

“Setibanya di lokasi kejadian, penduduk kampung cuba membawa naik arwah yang tenggelam ke dasar sungai dengan menggunaka­n sauh seorang pemilik bot sebelum anggota bomba tiba,” katanya.

Katanya, malam sebelum kejadian, arwah anaknya itu secara tiba-tiba berubah menjadi pendiam selain kelihatan dalam keadaan gelisah seperti tidak tahu untuk meluahkan apa yang dirasakann­ya pada ketika itu.

“Kami sekeluarga perasan dengan perubahan sikap arwah, namun tidak menyangka ia petanda arwah akan meninggalk­an mereka selamanya,” katanya.

Jenazah Muhammad Fahmi Adlan selamat dikebumika­n di Tanah Perkuburan Islam Kampung Surau.

“Arwah seolaholah sudah memberi bayangan dia akan meninggal dunia Siti Fairuz

 ?? ?? SITI Fairuz menunjukka­n gambar anak sulungnya, Muhammad Fahmi Adlan (berbaju hitam) yang ditemukan lemas di Sungai Mata Ayer, Pulai Chondong.
SITI Fairuz menunjukka­n gambar anak sulungnya, Muhammad Fahmi Adlan (berbaju hitam) yang ditemukan lemas di Sungai Mata Ayer, Pulai Chondong.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia