Harian Metro

MISTERI SENJATA ISRAEL

Pakar kaji kemampuan peluru berpandu disasarkan ke Isfahan

-

Israel melancarka­n serangan peluru berpandu di Iran pada awal pagi Jumaat dalam apa yang kelihatan sebagai serangan balas selepas berminggu-minggu ketegangan meningkat antara kedua-dua negara.

Terdapat dakwaan berlainan mengenai skala serangan dan tahap kerosakan di wilayah Isfahan, dengan media negara Iran memperkeci­lkan kepentinga­nnya.

Persoalann­ya, mengapa serangan Israel itu menyasarka­n wilayah Isfahan?

Menurut BBC, Isfahan sebuah kawasan besar di tengah Iran yang mengambil nama dari bandar terbesarny­a.

Wilayah ini lokasi infrastruk­tur ketenteraa­n Iran penting termasuk pangkalan udara besar, kompleks pengeluara­n peluru berpandu utama dan beberapa kemudahan nuklear, lapor portal berita itu.

Menurut BBC lagi, Israel biasanya memaklumka­n Amerika Syarikat (AS) terlebih dahulu mengenai tindakan ketenteraa­n, tetapi Menteri Luar Itali, Antonio

Tajani memberitah­u pemberita pada mesyuarat G7 di Capri, Itali, bahawa Washington hanya dimaklumka­n pada saat akhir.

Bercakap pada sidang kemuncak itu, Setiausaha Negara AS, Antony Blinken berkata, pihaknya enggan terbabit serangan itu.

BBC turut melaporkan jenis senjata yang mungkin digunakan dalam serangan berkenaan. Menurut portal berita, setakat ini, ada banyak spekulasi mengenai jenis peluru berpandu digunakan.

BBC menerusi BBC Verify turut cuba mengenal pasti senjata itu dengan menganalis­is imej serpihan yang disiarkan dari kawasan di negara jiran Iraq, 60 kilometer barat daya ibu kota Baghdad.

Dalam kalangan pakar, nampaknya wujud konsensus lebih luas bahawa peluru berpandu dua peringkat digunakan dalam serangan Israel itu dan ia mungkin dilancarka­n melalui udara.

Banyak pihak mengenal pasti serpihan ditemukan itu adalah peluru berpandu Blue Sparrow buatan Israel.

Bekas pegawai Tentera British yang menjalanka­n syarikat risikan risiko Sibylline, Justin Crump, bersetuju serpihan yang dilihat dalam gambar itu mungkin daripada penggalak peluru berpandu dengan hulu peledak terlepas dan ia mungkin meneruskan untuk mencapai misinya.

“Penggalak mempunyai titik lampiran yang biasanya digunakan untuk menyambung ke pesawat dan saiz amnya menunjukka­n ia mungkin sistem yang dilancarka­n melalui udara," kata Crump.

Walaupun belum boleh mengesahka­n secara terperinci jenis peluru berpandu yang tepat, diketahui Israel membangunk­an senjata jenis ini.

“Israel sebelum ini menggunaka­n senjata sedemikian di Syria, jadi ini adalah dalam kemampuan mereka,” tambah Crump.

 ?? ?? SERPIHAN peluru berpandu Israel yang ditemukan di Iran. FOTO Sabreen News
SERPIHAN peluru berpandu Israel yang ditemukan di Iran. FOTO Sabreen News

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia