Harian Metro

PELUANG KE SWEDEN

Raikan ulang tahun ke-97 Volvo tawar hadiah menarik bernilai RM50,000

- Oleh Lizam Ridzuan lizamridzu­an@hmetro.com.my

Beli kereta dan menangi hadiah percutian sudah pasti sesuatu yang pernah ditawarkan, namun melawat ke ibu pejabat asal sesuatu jenama automotif dari Eropah itu adalah sesuatu yang berbeza!

Untuk itu Volvo Car Malaysia menganjurk­an Jualan Ulangtahun Volvo untuk meraikan ulang tahun ke-97 jenama itu yang menawarkan pakej percutian ke Sweden untuk dua orang bernilai RM50,000.

Acara yang berlangsun­g selama tiga hari dari 26 April 2024 (Jumaat) hingga 28 April 2024 (Ahad) di Sentul Depot, Kuala Lumpur itu atau manamana pengedar sah Volvo lain di seluruh negara.

Untuk pelanggan yang ingin membeli model elektrik (EV) Volvo seperti C40 Recharge Pure Electric dan XC40 Recharge Pure Electric, anda berpeluang merebut rebat tunai sehingga RM15,000 dan juga promosi tambahan istimewa sempena ulang tahun ke-97 jenama itu.

Tambahan pula, pelanggan yang membeli mana-mana model EV Volvo juga berpeluang untuk memenangi pakej percutian ke Gothenburg, Sweden. Antara tarikan utama adalah lawatan ke pusat pameran World of Volvo yang baru sahaja dibuka buat pertama kalinya 14 April lalu.

Volvo C40 Recharge

Pure Electric, yang telah dikemas kini untuk model tahun 2024, menampilka­n jarak pemanduan sebanyak 550km*, meningkat 100km berbanding sebelumnya. Ia juga menampilka­n pengecasan DC yang lebih pantas untuk pek bateri yang lebih besar**, teknologi lampu depan piksel dan pilihan warna Vapor Grey baharu.

Model XC40 Recharge Pure Electric pula adalah EV pertama untuk Volvo dengan ciri prestasi serta pecutan sifar ke 100 kilometer/sejam (km/j) dalam tempoh kurang daripada lima saat.

Model lain daripada

Hibrid dan Plug-in Hybrid Electric Vehicle (PHEV) seperti Volvo XC90, XC60, S60, S90, dan V60 Recharge juga disediakan tawaran yang menarik untuk setiap pembelian.

Model ini sering dibayangi oleh varian 'hatchback' yang membuatkan ramai terlepas pandang akan versi sedan yang hadir dengan ciri rekaan sama dan dibezakan pada tiang-C ke belakang.

Mazda 3 generasi ke-4 ini sejak 2019 sudah memasuki pasaran Malaysia daniaadala­hsedandala­m segmen-C yang ditawarkan menerusi dua varian iaitu High dan High Plus seperti unit pandu uji Vroom minggu ini.

Rekaan luaran Mazda 3 Sedan ini meneruskan ciri 'Kodo' yang menjadi asas utama dalam penghasila­n model terkini jenama ini yang banyak memenangi pengiktira­fan dan anugerah dunia.

Pada bahagian depan lampu utama LED dengan Auto Leveling dan lampu nyalaan siang (DRL) berbentuk bulat, gril hitam ciri objek melintang serta lingkaran krom menjadikan ia tampil elegan.

Rekaan bahagian sisi tampil ringkas tidak banyak aliran garis badan serta padanan rim 18 inci dan bahagian belakang dengan dwiekzos, lampu LED bentuk bulat, logo jenama dan model dengan kemasan yang ringkas namun bergaya.

Menyentuh mengenai ruang kabin dengan elemen kemasan kulit pada tempat duduk dan untuk pemandu dengan larasan elektrik 10 ketetapan, dwizon pendingin hawa, sistem infotainme­n Mazda bersaiz 10.25 inci, fungsi keterhubun­gan Apple CarPlay dan Android Auto, pengecas tanpa wayar, dua pengecas USB dan varian ini didatangka­n dengan bumbung suria.

Pada konsol tengah disediakan butang bulat bagi menukar ketetapan sistem infotainme­n selain brek parkir automatik, tuil gear dan butang mod pemanduan sport mudah dicapai penulis serta untuk melarasany­a serta terdapat meter Paparan Pemanduan Aktif pada cermin hadapan untuk lebih fokus pada pemanduan.

Untuk penumpang belakang dengan ciri tempat duduk selesa, unjuran kaki dan kepala yang baik, perehat lengan dan ruang meletak minuman pada tengah yang boleh disimpan dan corong pendingin hawa namun tiada pengecas USB disediakan pada bahagian ini.

Untuk pemanduan Mazda 3 ini didatangka­n dengan enjin 1,998 cc Skyactiv-G DOHC, 16 injap dan empat silinder yang menjana 162 kuasa kuda

(hp) pada 6,000rpm dan tork 213Nm pada 4,000rpm serta transmisi automatik enam kelajuan Skyactiv Drive dan mod manual tersedia dengan penukar gear tangan.

Penulis memandu kenderaan ini di lebuh raya menawarkan bukan sahaja enjin berprestas­i malah pengendali­an yang baik pada laluan lurus dan selekoh antara kelebihann­ya terutama pada kelajuan tinggi.

Menerusi falsafah 'Jinbaittai' yang menyatukan pemandu dan kereta, ia juga didatangka­n dengan G-Vectoring Control Plus (GVC Plus) untuk prestasi dan kawalan kenderaan terbaik.

Kenderaan ini meluncur sangat lancar dan stabil yang dibantu oleh Stereng Bantuan Kuasa elektrik (EPAS), suspensi hadapan MacPherson Strut dan belakang Torsion Beam berfungsi dengan baik dan selesa.

Malah ada juga penulis dalam satu tugasan perlu melalui kawasan perumahan yang sempit pada laluan keluar dan masuk ia mudah dilakukan serta ketika menjalar dalam kesesakan jalan raya ia mengurangk­an sedikit stress dengan fungsi KawalanPel­ayaranRada­r Mazda (MRCC).

Secara keseluruha­nnya Mazda 3 Sedan ini sebuah sedan yang tampil sedikit berbeza kerana dibayangi oleh model pilihan utama seperti Honda Civic dan Toyota Corolla Altis dalam pasaran Malaysia.

Namun jika dilihat daripada segi rekaan dan kemasan ia mempunyai kelebihan tersendiri selain dengan prestasi enjin naturally aspirated (NA) yang baik dengan ciri Skyactiv.

Penggunaan bahan api juga efisien dengan tangki 51 liter mampu menjangkau sehingga 470 kilometer

(km) dengan pelbagai gaya pemanduan termasuk pada kelajuan tinggi dan sederhana penulis lalui namun ia bergantung kepada banyak faktor lain lagi.

Model ini juga menawarkan kabin yang selesa serta ciri keselamata­n terbaik seperti 7 beg keselamata­n SRS, Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dengan Kawalan Kestabilan, Pengagihan Kuasa Brek Elektronik (EBD), Bantuan Brek

(BA) Sistem Kawalan Cengkaman (TCS) dan

Walk Away Lock yang akan mengunci sendiri kereta selepas beberapa langkah pemandu beredar keluar.

Ciri lain dengan Teknologi Keselamata­n Termaju, i-Activesens­e dengan Sistem Pencahayaa­n Lampu Utama Adaptif (AFS), Pemantauan Titik Buta (BSM) dan Amaran Trafik Melintas Belakang (RCTA), Amaran Trafk Melintas Hadapan (FCTA), Sokongan Trafik dan Pelayaran (TCS) dan banyak lagi menyakinka­n penulis ketika pemanduan.

Sekiranya anda mahu tampil kelainan daripada jenama Jepun lain dan prestasi pemanduan yang baik adalah mengapa model ini harus dipertimba­ngkan selain ciri elegan dan rekaannya berkonsep minimalis.

Untuk pasaran Malaysia Mazda 3 Sedan High Plus ini dijual pada harga RM165,000 (atas jalan tanpa insurans) dengan 5 tahun waranti serta penyelengg­araan percuma termasuk kos buruh, alat ganti dan minyak enjin.

 ?? ?? EV pertama Volvo, XC40 Recharge Pure Electric.
MODEL PHEV, XC60.
EV pertama Volvo, XC40 Recharge Pure Electric. MODEL PHEV, XC60.
 ?? ?? TAMPIL elemen rekaan 'Kodo'.
SEDAN segmen-C daripada Mazda.
TAMPIL elemen rekaan 'Kodo'. SEDAN segmen-C daripada Mazda.
 ?? ?? BUT yang luas untuk simpanan barangan.
BUT yang luas untuk simpanan barangan.
 ?? ?? ENJIN 2.0 litr N/A.
ENJIN 2.0 litr N/A.
 ?? ?? PAPAN pemuka ringkas.
PAPAN pemuka ringkas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia