Harian Metro

Sentuhan Eropah Luqman tak kunjung tiba...

-

Kuala Lumpur: Prestasi penyerang sensasi muda negara, Luqman Hakim Shamsudin terus menjadi perhatian peminat tanah air apabila aksinya di Piala Asia B-23 dianggap hambar dan mengecewak­an.

Luqman, 22, yang hampir empat musim berkelana di Eropah bersama kelab Begium dan Iceland sebelum menyertai Liga Jepun dilihat masih gagal menyerlahk­an potensinya biarpun sudah lama ‘berguru’ Dia yang diharapkan mampu menyumbang sesuatu ketika aksi pertama kempen Kumpulan D Piala Asia B-23 di Qatar ketika menentang Uzbekistan

Rabu lalu, langsung di luar negara. tidak menghadirk­an rasa gerun buat pertahanan lawan. Menurut jurulatih berpengala­man, Sulaiman Hussin, Luqman perlu kembali bersaing di rantau Asia Tenggara bagi mengembali­kan sentuhan ajaibnya seperti mana ketika muncul penjaring terbanyak Piala Asia B-17 pada 2018 lalu.

Katanya, Luqman tidak ubah umpama ‘kuda latihan’ buat kelab di Eropah mahupun Jepun yang akhirnya tidak memberikan peluang buatnya beraksi dalam perlawanan sebenar.

“Satu saya puji Luqman ini, apabila dia terus berusaha untuk cuba dapatkan tempat di luar negara.

Cuma apabila kita bersaing di peringkat global maksudnya nak dapat tempat bermain di Eropah, ataupun di negara negara Asia yang kuat.

“Faktor fizikal ini sebenarnya subjektif, tapi apabila asas dan kebolehan individu tak capai piawaian standard liga itu mahukan, kita hanya akan jadi kuda latihan saja. Keyakinan jurulatih untuk beri kita bermain dalam perlawanan sebenar tak ada, sebab tak capai.

“Oleh itu cadangan saya kepada Luqman adalah jika dia masih nak berkelana di luar negara, cuba dapatkan peluang di sekitar Asia Tenggara. Mainlah di Thailand ke, main di Vietnam ke atau di Indonesia. Luqman ini kalau dia nak jadi bagus dia kena bermain, bukan sekadar berlatih...yang berlaku kepada Luqman sekarang ialah dia sekadar macam ‘kuda latihan’ sahaja,” katanya.

 ?? ?? LUQMAN
LUQMAN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia