Harian Metro

SHL medan terbaik lahir lebih ramai bakat baharu

-

Petaling Jaya: Liga Hoki Selangor TNB-QNET (SHL) akan menjadi medan terbaik bagi negeri itu melahirkan lebih ramai bakat baharu dalam sukan berkenaan.

Menurut Presiden Persatuan Hoki Selangor S Ganesh, selepas hampir lima tahun tidak diadakan pertanding­an seperti itu, pihaknya kembali dengan mewujudkan beberapa kategori dalam usaha memeriahka­n lagi kejohanan berkenaan.

Beliau berkata, SHL akan diadakan dalam tiga divisyen bertujuan memberi peluang lebih banyak pasukan menyertai pertanding­an itu dan secara tidak langsung membantu mereka mengesan bakat baharu sukan itu.

“Kali terakhir liga ini (SHL) diadakan pada tahun 2019, disebabkan pandemik Covid-19 ia terhenti seketika dan tahun ini ia kembali diadakan.

“Tujuan kita adakan liga ini untuk akar umbi dan dengan sokongan Konfederas­i Hoki Malaysia (MHC ) kita akan lebih giat adakan liga seperti ini agar kita dapat mengesan dan mencungkil lebih ramai bakat dalam sukan ini.

“Divisyen 1 akan disertai tujuh pasukan terbaik dan Divisyen 2 pula sebanyak 10 pasukan akan bersaing sementara bagi Divisyen 3, khusus untuk wanita dan enam pasukan akan berlawan semasa mereka,” katanya pada sidang media Majlis Pelancaran Liga Hoki Selangor TNB-QNET (SHL), di sini, semalam.

SHL membuka tirai semalam dan pertanding­an itu akan berlangsun­g hampir dua bulan dan berakhir pada 2 Jun depan.

“Tujuan kita adakan liga ini untuk akar umbi dan dengan sokongan MHC kita akan lebih giat adakan liga seperti ini agar kita dapat mengesan dan mencungkil lebih ramai bakat”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia