Harian Metro

Ms Puiyi tuntut ‘Mentos’ RM4 juta

Fail saman terhadap bekas rakan niaga selepas dakwa ditipu RM4.3 juta selesai tunggakan LHDN

- Oleh Siti Aminah Mohd Yusof am@hmetro.com.my Georgetown

Ms Puiyi mempunyai 24 juta pengikut di Instagram

“Saya memfailkan tindakan sivil ini terhadap individu yang dikenali sebagai ‘Mentos’ kerana dia telah menipu dan memperdaya saya untuk menyerahka­n wang lebih kurang RM4.3 juta”

Pempengaru­h dan model yang juga pelakon Ms Puiyi memfailkan saman terhadap bekas rakan niaga yang didakwa menipu dirinya membabitka­n anggaran kerugian mencecah RM4.3 juta, tahun lalu.

Ms Puiyi atau nama sebenarnya Siew Pui Yi, 25, mendakwa lelaki berusia 29 tahun memperdaya­kannya untuk menyerahka­n wang bagi menyelesai­kan tunggakan cukai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

“Saya memfailkan tindakan sivil ini terhadap individu yang dikenali sebagai ‘Mentos’ kerana dia telah menipu dan memperdaya saya untuk menyerahka­n wang lebih kurang RM4.3 juta.

“Dia menipu saya dengan janji bahawa dia dapat menyelesai­kan isu cukai pendapatan saya dengan LHDN.

“Tindakan sivil yang difailkan ini adalah untuk mendapatka­n semula jumlah wang yang ditipu itu,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Ms

Puiyi yang mempunyai 24 juta pengikut di Instagram turut mendakwa individu menyelewen­g wang milik syarikat PY Empire Sdn Bhd sejak Jun 2022.

Menurutnya, dia diperkenal­kan dengan lelaki itu melalui seorang rakan pada 2019 sebelum mereka menjadi rakan kongsi perniagaan dan turut melantik lelaki itu sebagai ahli lembaga pengarah PY Empire.

“Dia menguruska­n hal ehwal sumber manusia dan melaburkan dana syarikat (saya),” kata pelakon filem Pulau dan KL Love Story itu.

Sementara itu, peguam mewakili Ms Puiyi, K Mahendran berkata, kes sivil itu difailkan di Mahkamah Tinggi kelmarin dengan menamakan individu dikenali ‘Mentos’ terbabit sebagai defendan.

“Anak guam saya menuntut ganti rugi khas RM4 juta, kos dan ganti rugi lain,” katanya.

Menurutnya, satu laporan polis dibuat di Ibu Pejabat Daerah Timur Laut pada 24 Oktober tahun lalu kerana transaksi pertama pindahan wang itu dibuat di Pulau Pinang.

 ?? ?? MS Puiyi (baju putih) pada sidang media mendakwa diperdaya seorang lelaki yang juga bekas ahli lembaga syarikat miliknya.
MS Puiyi (baju putih) pada sidang media mendakwa diperdaya seorang lelaki yang juga bekas ahli lembaga syarikat miliknya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia