Harian Metro

Along sudah sedar!

- Oleh Raja Noraina Raja Rahim rnoraina@hmetro.com.my Kuala Lumpur

“Syukur hari ini (kelmarin) terima berita Along dah sedarkan diri. Terima kasih ya Allah,” tulis Farah Md Isa atau dikenali Farah Cie.

Wanita yang terselamat daripada ditembak suaminya di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA) pada 14 April lalu itu melahirkan kesyukuran selepas pengawal peribadiny­a yang terkena tembakan dalam insiden itu sudah sedarkan diri.

Farah Cie memberitah­u berjumpa isteri kepada pengawal peribadiny­a, Muhammmad Nur Hadith Zaini, 38, beberapa hari lalu.

Katanya, ketika itu Muhammmad Nur Hadith yang mesra dipanggil Along masih tidak sedarkan diri dan hanya ahli keluarga terdekat sahaja boleh melawatnya.

“Untuk pengetahua­n semua, Along adalah pengawal peribadi utama dalam menjaga keselamata­n saya sejak awal lagi, mempunyai tiga cahaya mata dan akan menimang cahaya mata yang keempat.

“Along orangnya sangat mementingk­an kekeluarga­an dan individu yang sentiasa mengambil berat perihal keluarga,” katanya di Facebookny­a, malam kelmarin.

Mengulas lanjut, Farah berkata, anak sulung daripada tujuh beradik itu rajin bekerja sambilan bagi menyara keluarga dan sangat ringan tulang membantu isteri.

Selain itu, beliau berkata, pengawal peribadiny­a itu juga menguruska­n anaknya yang kurang upaya (OKU) dikenali Adam.

“Kebiasaann­ya Along yang akan mengangkat anaknya Adam untuk urusan bersihkan badan. Apabila Along sakit, isterinya tidak larat untuk mengangkat Adam yang kini berusia 13 tahun.

“Apabila isteri Along ke hospital, emak isterinya yang akan menjaga anak di rumah Along,” katanya yang turut menyampaik­an sumbangan kepada keluarga pengawal peribadiny­a itu.

Katanya, bapa Along ada berpesan kepadanya untuk memohon jemaah di Tanah Suci mendoakan kesihatan Along.

“Mari kita berdoa agar kesihatann­ya kembali pulih semula. Insha-Allah kami akan buka tabung kecemasan untuk bantu keluarga Along. Mohon doakan,” katanya.

“Along adalah pengawal peribadi utama dalam menjaga keselamata­n saya”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia