Harian Metro

‘Usah salur maklumat di laman media sosial’

-

Seremban: Orang ramai diminta tidak menjadikan media sosial sebagai tempat menyalurka­n atau menyebarka­n maklumat serta berkongsi berkaitan sesuatu kes pengabaian dan penderaan kanak-kanak.

Menteri Menteri Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) Datuk Seri Nancy Shukri, berkata, sebaliknya maklumat perlu disalurkan menggunaka­n kemudahan seperti menghubung­i Talian Kasih di 15999 atau institusi di bawah KPWKM.

“Jika laporkan di media sosial dan tiada maklumat terperinci, sukar diambil tindakan dan melakukan siasatan terhadap pihak yang terlibat.

“Pegawai Kebajikan Masyarakat berada di setiap daerah, jadi mudah untuk tindakan segera sebaik kami menerima aduan,” katanya di sini, semalam.

Terdahulu, beliau merasmikan Program Advokasi Perlindung­an Kanak-Kanak Peringkat Negeri

Sembilan 2024 di Dewan Terbuka Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Ampangan.

Turut hadir, Timbalanny­a, Datuk Dr Noraini Ahmad dan Pengerusi Jawatankua­sa Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat negeri, Noorzunita Begum Mohd Ibrahim.

Nancy berkata, cara itu dikenal pasti lebih berkesan bagi menangani isu terbabit kerana aduan terus diterima institusi di bawah kementeria­nnya seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Beliau berkata, KPWKM memperheba­tkan promosi menerusi program advokasi di 300 sekolah di seluruh negara tahun ini, bagi menggalakk­an orang ramai memanfaatk­an Talian Kasih jika berlaku sebarang isu berkaitan kanak-kanak.

“Program ini beri pendedahan kepada masyarakat termasuk warga sekolah, bagaimana hendak melaporkan apa sahaja isu berkaitan kanak-kanak dengan segera,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia