Harian Metro

Tiada unsur sorok minyak masak paket bersubsidi

-

Johor Bahru: Tiada unsur sorokan terhadap minyak masak paket bersubsidi satu kilogram (kg) berlaku di sebuah pasar raya besar di Iskandar Puteri di sini, susulan tular video dakwaan berkenaan, Ahad lalu.

Pengarah Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDN) Johor Lilis Saslinda Pornomo berkata, anggota penguat kuasa dikerah ke pasar raya itu selepas video isu minyak masak paket bersubsidi itu tular di media sosial.

Katanya, hasil pemantauan dibuat dan keterangan pengurus pasar raya itu mendapati tiada unsur sorokan terhadap minyak masak atau mengutamak­an warga asing berbanding rakyat tempatan membelinya.

“KPDN Johor turut menghubung­i pengadu yang merakam video berkenaan berhubung dakwaannya hanya pendatang asing yang diberikan minyak masak bersubsidi berkenaan.

“Namun, pengadu berkenaan mengaku tidak mengetahui warga asing tidak dihalang membeli minyak masak bersubsidi mengikut peraturan sedia ada.

“Menerusi siasatan lanjut, pasar raya itu meletakkan minyak masak bersubsidi di rak terbuka menyebabka­n ia menjadi rebutan dalam tempoh singkat.

“Pasar raya itu hanya menerima 240 paket minyak masak bersubsidi. Bagi KPDN, ia sangat sedikit berbanding premis yang besar dan dikunjungi ramai pengguna kerana dengan jumlah itu, hanya 120 pengguna dapat beli minyak paket berkenaan,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Dua video tular berdurasi dua minit dan 1.04 minit itu mempertika­ikan warga asing dapat membeli minyak masak paket bersubsidi sebaliknya rakyat tempatan didakwa tidak dapat membeli minyak masak berkenaan.

Pengadu turut merakam video warga asing yang membeli dua minyak masak bersubsidi itu dan mendakwa apabila dia meminta produk itu, pekerja pasar raya terbabit memaklumka­n ia sudah habis dibeli.

Dalam pada itu, Lilis Saslinda berkata, pengadu seharusnya membuat laporan kepada KPDN bagi membolehka­n siasatan dibuat.

“Pasar raya itu hanya menerima 240 paket minyak masak bersubsidi Saslinda

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia