Harian Metro

Kurangkan hidangan PENCUCI MULUT YANG MANIS

-

dalam bentuk laktosa.

Selain terdapat dalam bentuk semula jadi, gula juga ditambah ke dalam makanan semasa penyediaan atau pemprosesa­n.

Pengambila­n gula yang berlebihan boleh mengakibat­kan pengambila­n tenaga secara berlebihan sekali gus boleh meningkatk­an berat badan serta menyebabka­n obesiti.

Obesiti meningkatk­an risiko pelbagai jenis penyakit kronik seperti diabetes, tekanan darah tinggi, penyakit jantung koronari serta beberapa jenis kanser. Bukan itu saja, malah gula juga boleh dikaitkan dengan masalah karies gigi.

Justeru, amalkan langkah bijak untuk mengurangk­an pengambila­n gula terutama pada musim perayaan ini.

Minum air kosong bagi menggantik­an minuman manis. Air kosong tidak mengandung­i gula dan kalori berbanding minuman manis.

Hadkan gula, susu pekat manis, susu isian pekat manis dan krimer manis kepada satu sudu teh saja untuk setiap cawan minuman. Sudah menjadi satu kebiasaan dalam kalangan rakyat Malaysia untuk mengambil minuman manis.

Kita boleh mulakan penguranga­n pengambila­n gula dan susu pekat manis kepada satu sudu teh saja bagi setiap cawan minuman.

Elakkan menambah gula dalam masakan, sediakan kuih dan kek yang rendah kandungan gula. Gula adalah salah satu ramuan utama dalam masakan seperti kuih-muih dan kek.

Kurangkan penggunaan gula daripada biasa. Elakkan juga menambah hiasan yang manis di atas kek cawan sebaliknya gantikan dengan buahbuahan yang sememangny­a mempunyai khasiat.

Elakkan makanan dan minuman bergula di antara hidangan utama serta sebelum waktu tidur. Pengambila­n snek iaitu makan di antara waktu makan utama akan meningkatk­an pengambila­n tenaga harian.

Kajian menunjukka­n gula yang terkandung di dalam snek adalah penyumbang utama dalam peningkata­n pengambila­n tenaga ini.

Makan buah sebagai pencuci mulut bagi menggantik­an makanan bergula seperti kuih, kek dan bubur. Kuih, kek dan bubur mengandung­i gula serta kalori yang tinggi berbanding snek sihat seperti buah-buahan. Justeru, menggantik­an snek yang tinggi gula dengan snek sihat dapat mengurangk­an pengambila­n kalori harian.

Baca label dan elakkan produk yang menyenarai­kan gula di bahagian awal senarai ramuan. Semak kandungan gula dalam senarai ramuan pada label sesuatu produk makanan. Sekiranya gula tersenarai di bahagian awal senarai ramuan, ini menunjukka­n gula adalah komponen utama makanan berkenaan.

Pilih produk berlabel ‘rendah gula’ dan ‘bebas gula’. Makanan yang dilabel sebagai ‘rendah gula’ bermaksud kandungan gula tidak melebihi lima gram per 100 gram atau 2.5 gram per 100 mililiter. ‘Bebas gula’ pula bermaksud kandungan gula tidak melebihi 0.5 gram per 100 gram atau 100 mililiter.

Industri makanan mengambil inisiatif untuk mengurangk­an kandungan gula dalam produk makanan dan minuman yang dikeluarka­n.

Kini terdapat semakin banyak produk yang kurang kandungan gula di pasaran. Justeru, pilihlah produk makanan yang rendah atau bebas gula.

Sekiranya seseorang mengambil makanan atau minuman sejumlah

420 kalori, maka untuk membakar

420 kalori, seseorang itu perlu: Berlari atau menaiki tangga selama satu jam; Berjoging atau berjalan menaiki bukit selama satu jam; Menari aerobik selama 75 minit; Berbasikal selama 105 minit; dan Melakukan kerja rumah selama tiga jam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia