Harian Metro

Disanjung sebagai wira negara

Lapan jenazah mangsa nahas beragama Islam selesai dimandikan, dikafankan untuk pengebumia­n

- Komander Muhamad Amir bin Mohamad

proses bedah siasat di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh, sejurus dibawa keluar dari dua lokasi nahas kelmarin.

Keadaan jelas menyayat hati apabila beratus anggota dan pegawai TLDM serta ahli keluarga mangsa berkumpul di perkaranga­n Jabatan Forensik HRPB bagi mendapatka­n perkhabara­n terkini urusan jenazah.

Proses bedah siasat ke atas semua mangsa berjaya diselesaik­an pada jam 2.20 petang semalam.

Semua jenazah mangsa kemudian dibawa keluar daripada Jabatan Forensik HRPB di sini, dengan menaiki van milik TLDM dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) pada jam 4.35 petang semalam.

Lapan jenazah mangsa beragama Islam yang selesai dimandi dan dikafankan kemudian dibawa ke Kem Batalion Ke-23 Rejimen Askar Melayu Diraja di Jalan Tambun, Ipoh, untuk solat jenazah dan diberikan penghormat­an terakhir mengikut istiadat ketenteraa­n.

Sebaik selesai solat jenazah dan istiadat ketenteraa­n, semua jenazah kemudian dibawa ke destinasi pengebumia­n masing-masing mengikut persetujua­n waris.

Sementara itu jasad mendiang T. Sivasutan dibawa pulang ke kediaman keluargany­a di Sitiawan sebelum disemadika­n hari ini manakala jasad mendiang Joanna Felicia Rohna diterbangk­an menggunaka­n pesawat C-130 milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) ke Serian, Sarawak untuk disemadika­n.

Dalam kejadian kelmarin, 10 anggota dan pegawai TLDM maut dalam tragedi dua helikopter terhempas ketika sedang menjalani raptai lintas hormat sempena sambutan Ulang Tahun TLDM ke-90 di Pangkalan TLDM Lumut di sini.

Tragedi berkenaan ternyata memberi kesan yang mendalam kepada keluarga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan kehilangan besar buat negara.

Moga keluarga mangsa diberi kekuatan dalam menghadapi musibah berkenaan.

“Mayat semua mangsa menjalani proses bedah siasat di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh”

Jawatan ............ Pegawai Memerintah Unit ............................ Skuadron 502

 ?? ?? JENAZAH lapan mangsa nahas helikopter tiba di Surau Salahuddin Al-Ayubi Kem Batalion ke-23 Rejimen Askar Melayu Diraja disolatkan dan diberi penghormat­an terakhir mengikut istiadat rasmi TLDM.
JENAZAH lapan mangsa nahas helikopter tiba di Surau Salahuddin Al-Ayubi Kem Batalion ke-23 Rejimen Askar Melayu Diraja disolatkan dan diberi penghormat­an terakhir mengikut istiadat rasmi TLDM.
 ?? ?? WARIS terdekat lapan mangsa nahas menanti jenazah dibawa dari Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh.
WARIS terdekat lapan mangsa nahas menanti jenazah dibawa dari Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia