Harian Metro

Mula operasi hujung tahun

Kerajaan negeri, F&N kenal pasti rakan strategik urus ladang tenusu bersepadu dekat Felda Jelai

- Oleh Abnor Hamizam Abd Manap am@hmetro.com.my Jelebumenj­adi

Negeri Sembilan bakal pengeluar susu segar terbesar negara apabila Ladang Tenusu Bersepadu F&N berhampira­n Felda Jelai, Gemas dijangka beroperasi hujung tahun ini.

Exco Kanan Kerajaan Negeri Sembilan Datuk Seri Jalaluddin Alias berkata, ketika ini kerajaan negeri dan Fraser & Neave Holdings Bhd melalui anak syarikatny­a, F&N Ag- riValley Sdn Bhd sudah mengenal pasti rakan strategik yang mempunyai pengalaman luas dalam ternakan lembu tenusu bagi memulakan kerja penternaka­n di ladang seluas 2,726 ekar.

Katanya, bagi fasa pertama yang dijangka bermula hujung tahun ini, syarikat berkenaan akan membawa masuk antara 2,300 hingga 2,500 lembu tenusu.

“Bagi melihat sendiri bagaimana syarikat itu menguruska­n ladang ternakan mereka, saya bersama agensi seperti Jabatan Veterinar, Jabatan Pertanian, Invest Negeri Sembilan dan wakil syarikat F&N AgriValley mengadakan lawatan ke ladang Wei Gang Dairy Farm di Nanjing, China.

“Kita mahu dapatkan pengetahua­n lebih jelas bagaimana pengurusan ladang, penghasila­n susu dan pengurusan ‘lembu pencen’ dijalankan di ladang itu,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Jalaluddin yang juga Pengerusi Jawatankua­sa Bertindak Pertanian, Keterjamin­an Makanan dan Kos Sara Hidup negeri berkata, ladang tenusu di Gemas itu bakal memberi manfaat termasuk membekal susu segar ke seluruh negara.

Katanya, peningkata­n taraf ekonomi kepada penduduk serta pengusaha industri hiliran termasuk bekalan daging segar antara manfaat yang bakal diterima sebaik sahaja ladang tenusu berkenaan beroperasi.

Kuala Majoriti pembaca Harian Metro yang menyertai tinjauan di saluran WhatsApp bersetuju remaja berusia bawah 13 tahun tidak dibenarkan membuka akaun media sosial.

Setakat 12.40 tengah hari semalam, hasil tinjauan mendedahka­n 97 peratus daripada lebih 18,400 individu menyatakan pendirian setuju dengan larangan itu.

Pada masa sama, hanya tiga peratus mewakili 566 orang tidak bersetuju dengan perkara itu.

Ahad lalu, Suruhanjay­a Komunikasi dan Multimedia (SKMM) mengingatk­an ibu bapa untuk memastikan anak-anak mereka berusia bawah 13 tahun

Kita mahu dapatkan pengetahua­n lebih jelas bagaimana pengurusan ladang, penghasila­n susu dan pengurusan ‘lembu pencen’ dijalankan di ladang itu”

Jalaluddin

 ?? ?? JALALUDDIN (kanan) ketika mengadakan lawatan kerja ke Wei Gang Dairy Farm di Nanjing, China.
JALALUDDIN (kanan) ketika mengadakan lawatan kerja ke Wei Gang Dairy Farm di Nanjing, China.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia