Harian Metro

Havertz, White jaring 2 gol

-

Kai Havertz dan Ben White masing-masing menjaringk­an dua gol ketika Arsenal membelasah Chelsea 5-0, awal pagi semalam, memimpin persaingan perebutan kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) dan meningkatk­an tekanan ke atas Liverpool serta Manchester City.

Leandro Trossard turut menemui sasaran untuk Arsenal ketika melakar rekod kemenangan besar ke atas Chelsea, sekali gus menyaksika­n The Gunners kini mendahului tiga mata berbanding Liverpool dan empat mata mengatasi Manchester City.

Bagaimanap­un, City masih mampu menggengga­m kejuaraan kerana juara bertahan itu mempunyai dua perlawanan dalam tangan.

Kelebihan perbezaan gol dimiliki skuad bimbingan Mikel Arteta tampak sukar digugat sekiranya ia menjadi penentu dalam perebutan kejuaraan EPL.

London:

“Kami membuat penyokong berasa sangat bangga, ia adalah derby yang besar untuk kami dan saya tahu makna kemenangan ini.

“Kami memulakan permainan dengan baik, tetapi tidak menyempurn­akan semua peluang dan sedikit cuai di beberapa posisi di atas padang.

“Di separuh kedua, kami lebih berdisipli­n dan mencipta peluang serta tajam di depan gawang gol lawan,” kata Arteta.

Chelsea menerima tamparan sebelum sepak mula apabila tonggak berbisa mereka, Cole Palmer diketepika­n kerana sakit.

Palmer menjaringk­an atau membantu hampir 50 peratus gol Chelsea dalam aksi EPL musim ini dan ketiadaann­ya amat dirasai pasukan pelawat.

Trossard membuka jaringan pada minit keempat dan kedudukan kekal sehingga rehat sebelum Havertz dan White menambah empat gol pada babak kedua.

Pengurus Chelsea, Mauricio

Pochettino kecewa dengan aksi tidak konsisten pasukannya apabila kekalahan memalukan itu berlaku beberapa hari selepas mereka memberi saingan sengit kepada Manchester City sebelum tewas 0-1 pada aksi separuh akhir Piala FA.

Kekalahan itu berlaku selepas Chelsea mengharung­i lapan perlawanan tanpa kalah dalam liga dan memberi tamparan kepada harapan mereka untuk merebut tempat di pentas Eropah, musim depan.

“Apabila kami mengalami hari yang buruk, kami sangat teruk. Apabila kami bagus, kami mampu melakukan segala-galanya,” kata Pochettino.

“Kami tidak boleh menyalahka­n pemain, saya tidak akan menyalahka­n pemain. Kami tidak boleh menyalahka­n pemain muda yang hadir ke sini selepas mengalami beberapa masalah, datang ke sini untuk menentang pasukan yang bersiap sedia memenangi EPL,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia