Harian Metro

Jangan gentar memberi cabaran!

-

Kuala Lumpur: Skuad Piala Uber negara sudah bersedia untuk turun mengibarka­n cabaran dalam kempen Piala Uber di Chengdu, China, Ahad ini.

Kapten pasukan, Teoh Mei Xing berkata, biarpun tidak diletakkan harapan menggunung, semua pemain perlu berani dan berikan yang terbaik.

Mei Xing yang dijadualka­n berganding­an dengan Go Pei Kee berkata, dia akan sentiasa membakar semangat rakan seperti mana ketika mereka menyanyika­n lagu ‘Semangat Berpasukan’ sewaktu kem latihan pusat.

“Kami menyanyika­n lagu itu setiap hari dan ia membantu meningkatk­an semangat berpasukan kami. Pada awalnya, rakan sepasukan saya agak malu untuk menyanyika­n lagu itu. Sebagai kapten, saya menunjukka­n contoh saya menyanyi dengan kuat dan jelas, selepas galakan daripada pakar psikologi (Frederick Tan), mereka boleh hafal lirik dan menyanyi dengan kuat.

“Saya tegaskan kepada mereka, jika tidak berani untuk menyanyi, bagaimana mereka boleh bermain tanpa rasa gentar di dalam gelanggang nanti,” kata Mei Xing.

Tegasnya penyertaan di Piala Uber adalah medan terbaik untuk pemain muda yang membarisi skuad negara menimba pengalaman.

“Jangan gentar untuk memberi cabaran kepada pihak lawan. Hargai peluang yang dapat bila dapat bermain dalam Piala Uber ini. Ini bukan kejohanan kecil. Semua pemain handalan dunia turun. Jadi hargai peluang bagi beri yang terbaik,” katanya.

Pada kempen kali ini, skuad negara rata-ratanya dibarisi pemain muda dengan beregu terdiri daripada pemain berusia 18 tahun, Siti Zulaikha Azmi, Tan Zhing Yi (21), Ho Lo Ee (21), Chan Wen Tse (19) dan Pei Kee (22) manakala perseorang­an diketuai Goh Jin Wei (24) K Letshanaa (20), Wong Ling Ching (20) dan Siti Nurshuhain­i Azman (19).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia