Harian Metro

Hantar pasukan ‘tak siap’ ke Qatar

FAM ambil tanggungja­wab penuh atas kegagalan skuad B-23

- Oleh Firdaus Hashim firdaushas­him@hmetro.com.my

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengambil tanggungja­wab sepenuhnya atas kegagalan skuad Harimau Malaya B-23 kendalian Juan Torres Garrido yang menamatkan kempen Piala Asia B-23 2024 di Qatar dengan menduduki tangga tercorot Kumpulan D.

Pengarah Teknikal FAM, Scott O’Donell berkata, beberapa faktor dikenal pasti sebagai punca kepada skuad muda negara itu pulang tanpa sebarang mata apabila tewas ketiga-tiga perlawanan kepada Uzbekistan 0-2, Vietnam 0-2 dan Kuwait 1-2.

Menurut beliau, aspek kecergasan perlawanan (match fitness) menjadi penyebab utama pemain terbaik B-23 yang dikumpulka­n dalam skuad berkenaan gagal memberikan saingan terbaik pada kejohanan yang disertai 16 pasukan terbaik Asia itu.

“Masalah utama dalam skuad Harimau Malaya B-23 ini ialah kekurangan masa permainan atau jumlah perlawanan yang dimiliki oleh setiap pemain terbaik dalam skuad B-23 yang kita ada ini. Jika kita lihat menerusi statistik, tak ramai pemain dalam skuad ini yang mendapat minit permainan bersama kelab masing-masing dalam saingan Liga Super musim lalu. Hanya empat pemain.

“Penjaga gol, Sikh Izhan

Nazrel dengan 2,250 minit bersama Negeri Sembilan FC, Mukhairi Ajmal dengan 1,684 minit bersama Selangor FC, T Saravanan dengan 1,252 minit bersama Kuala Lumpur City dan Safwan Mazlan dengan 1,063 minit bersama Terengganu FC.

“Selebihnya pemain lain hanya memiliki minit permainan kurang daripada itu dalam saingan Liga Super 2023,” kata O’Donell.

Kekurangan minit permainan ditambah pula dengan keadaan semasa di mana Liga Malaysia sedang berehat panjang dilihat menyumbang kepada kesan lebih teruk membabitka­n aspek kecergasan perlawanan.

“Ketiga-tiga pasukan dalam Kumpulan D iaitu Uzbekistan, Vietnam dan Kuwait, kesemuanya liga domestik mereka sedang rancak berjalan dan sebagai perbanding­an, kita boleh lihat yang pemain mereka berada pada tahap kecergasan terbaik di sepanjang kempen Piala Asia B-23 2024 ini.

“Sedangkan kita mula berkumpul pada 17 Mac lalu dan pemain yang bersama skuad senior serta beberapa pemain lain hanya menyertai pasukan, seminggu kemudian. Ditambah pula dengan kebanyakan pasukan kelab ketika itu belum memulakan lagi siri latihan pramusim Liga Super menjadikan pemain yang datang ke kem latihan pusat skuad B-23 negara ini pada tahap kecergasan yang cukup rendah,” katanya.

Selain itu, O’Donell juga berharap agar skuad B-23 negara perlu menggunaka­n jendela antarabang­sa Fifa dengan lebih baik pada masa akan datang.

“Kita perlu memberikan mereka lebih pendedahan

“Kita tidak selalunya akan dapat menggunaka­n pemain terbaik bagi skuad B-23 Scott O’Donell

antarabang­sa untuk bermain sebagai satu pasukan menentang pasukan B-23 kebangsaan negara lain dan bukan hanya menyediaka­n pasukan kita sebelum kejohanan B-23 seperti AFC dan Sukan Sea.

“Jika kita tidak dapat mengaturka­n perlawanan persahabat­an antarabang­sa B-23 pun, kita sekurang-kurangnya boleh mengadakan kem latihan untuk memberi peluang kepada jurulatih lebih mendekati pemain pada setiap jendela antarabang­sa Fifa.

“Kita harus menerima hakikat bahawa kita tidak selalunya akan dapat menggunaka­n pemain terbaik untuk skuad B-23 negara, jadi kita harus mengembang­kan lagi senarai pemain B-23 yang layak bersama skuad muda negara,” katanya.

O’Donell berkata, beliau bersama-sama Garrido akan menyediaka­n laporan lengkap Piala Asia B-23 2024 untuk dibentangk­an kepada Jawatankua­sa Pengurusan Pasukan Kebangsaan FAM.

 ?? ?? PENYERANG skuad B-23 negara, Haqimi Azim Rosli meraikan jaringan ke atas Kuwait pada minit ke-63.
PENYERANG skuad B-23 negara, Haqimi Azim Rosli meraikan jaringan ke atas Kuwait pada minit ke-63.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia