Harian Metro

Tak sangka Kak Ija dah ‘pergi’

-

terhempas itu.

“Saya tanya dia, adakah Kak Ija cedera ? Tetapi rakan beritahu arwah sudah tiada. Ya Allah, saya tak tahu nak cakap apa,” katanya ketika ditemui di pekarangan Masjid Haji Nyak Gam, Kampung Ruat, di sini malam kelmarin.

Anis Amirah berkata, mereka sebelum ini sempat berbual, bersalaman serta bercium pipi sebelum arwah memberitah­u akan pulang ke kampung untuk beraya di sini.

Katanya, mereka berkawan baik sejak 10 tahun lalu ketika bertugas di unit yang sama iaitu KD Sri Kuantan di Lumut, Perak.

“Kak Ija seorang yang sangat baik dan suka membantu orang. Kehilangan­nya amat dirasai kerana setiap minggu dia akan singgah di rumah saya selepas menghantar anaknya ke kelas tambahan,” katanya.

Menurutnya pada hari kejadian, dia sempat ke rumah arwah untuk melihat keadaan empat anak Noor Rahiza yang masih terkejut dengan apa yang berlaku.

Katanya, dia melihat anak arwah menangis dan mereka berpelukan sesama sendiri kerana tidak menyangka kejadian itu berlaku.

“Walaupun arwah dah tiada, saya berharap hubungan dengan anaknya tidak akan terputus malah saya pesan pada mereka, kalau ada apa-apa bantuan yang diperlukan, hubungi saya,” katanya.

Menurutnya lagi, Noor Rahiza juga menghantar kiriman WhatsApp pada 17 April lalu mengajakny­a untuk datang ke rumah di Lumut pada hari raya ketujuh.

“Arwah Kak Ija memang suka memasak dan paling saya suka adalah laksa dan mihun sup dan lepas ni tak dapat makan masakan dia lagi,” katanya.

Noor Rahiza meninggalk­an suami, Mohd Azinor Azizan, 40, dan empat anak termasuk pasangan kembar, Nur Qistina Awliya dan Nur Qistina Auni Mohd Azinor, 16, Muhammad Qisti Afif, 15, Nur Qistina Balqis, enam tahun.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia