Harian Metro

Komen jelik nahas heli: Polis rampas telefon ‘Saifuddin Shafik’

-

Kuala Lumpur: Polis merampas telefon pintar milik individu dikenali sebagai ‘Saifuddin Shafik’ yang didakwa membuat komen jelik di laman X (dahulunya twitter) berkaitan insiden kemalangan helikopter di Lumut, Perak, Selasa lalu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit

Aman Datuk Seri Mohd Shuhailly Mohd Zain berkata, polis juga sudah membuka kertas siasatan terhadap pemilik akaun berkenaan.

“Siasatan dijalankan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bahagian Pendakwaan Undang-Undang (D5) mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1995,

Seksyen 504 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Polis turut merampas telefon pintar iPhone 12 Pro yang dipercayai digunakan untuk membuat hantaran berkenaan,” katanya pada kenyataan, semalam.

Menurutnya, kertas siasatan juga sudah dirujuk ke Pejabat Peguam Negara selari dengan Perkara 145 (3) Perlembaga­an Persekutua­n.

“Polis menasihati orang ramai supaya tidak membuat sebarang ulasan atau spekulasi demi menjaga sensitivit­i keluarga mangsa yang terbabit.

“Orang ramai juga perlu cakna dan prihatin terhadap isu-isu sensitif membabitka­n kegentaran awam di media sosial,” katanya.

Terdahulu, satu laporan polis dibuat pengamal media susulan paparan jelek dan biadab yang menghina anggota tentera yang terkorban dalam nahas dua helikopter yang terhempas ketika menjalani raptai di ruang udara Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, kelmarin.

Laporan polis itu dibuat kelmarin, di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kerian, Perak ke atas pemilik akaun X yang menggunaka­n nama ‘Saifuddin Shafik’.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia