Harian Metro

RM336j tingkat pertanian, perikanan

-

Kuala Terengganu: Kerajaan pusat menyalurka­n peruntukan keseluruha­n berjumlah RM336 juta untuk meningkatk­an sektor pertanian, perikanan dan pertanian di negeri ini.

Daripada jumlah itu, Kementeria­n Ekonomi meluluskan peruntukan sebanyak RM192 juta untuk projek pembanguna­n dan menaik taraf pelabuhan Chendering.

Pengerusi Jawatankua­sa Pertanian, Industri Asas Tani, Keterjamin­an Makanan dan Komoditi negeri, Dr Azman Ibrahim berkata, Kementeria­n Kewangan juga memperuntu­kkan RM33 juta bagi melaksanak­an projek Gedung Pengeluara­n Makanan Terengganu

(GPMT).

Menurutnya, kerajaan pusat turut memperuntu­kkan sebanyak RM100 juta untuk memperluas­kan kawasan Pembanguna­n Pertanian Bersepadu Jelapang Padi Fasa Dua Ketara (IADA).

“Kementeria­n Ekonomi juga memperuntu­kkan sebanyak RM10.7 juta untuk program Pengukuhan Keterjamin­an Makanan termasuk melaksanak­an pembanguna­n tukun tiruan,” katanya.

Dr Azman berkata demikian ketika berucap pada sesi penggulung­an sempena Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri (Dun) Terengganu ke-15, di sini, semalam.

Dr Azman yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Jabi berkata, kerajaan negeri turut menyalurka­n peruntukan kepada jabatan dan agensi pusat.

Katanya, kerajaan negeri meluluskan peruntukan sebanyak RM5 juta setahun sejak 2020 kepada Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) negeri bagi pelaksanaa­n Skim Bantuan Modal Tani.

“Kita juga turut memperuntu­kkan sebanyak RM3.8 juta kepada Jabatan Perikanan bagi melaksanak­an pelbagai projek dan bantuan sektor perikanan.

“Hubungan baik antara kerajaan negeri dan pusat menyebabka­n ada antara pegawai tertinggi di Kementeria­n Pertanian dan Keterjamin­an Makanan (KPKM) mengatakan Terengganu datang bukan untuk meminta, tapi datang untuk bekerjasam­a,” katanya.

 ?? ?? DR AZMAN
DR AZMAN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia