Harian Metro

Jun Hao mampu galas cabaran

Mungkin jadi perseorang­an pertama atau kedua selepas Tze Yong digugurkan kerana belum cergas sepenuhnya

- Oleh Saiful Affendy Sapran saifulaffe­ndy@hmetro.com.my Kuala Lumpur

Jurulatih perseorang­an lelaki negara, Datuk Tey Seu Bock percaya Leong Jun Hao mampu menggalas tugas lebih berat di saingan Piala Thomas dekat Chengdu, China selepas ketiadaan Ng Tze Yong.

Jun Hao dilihat tidak mempunyai pilihan lain selain perlu menggalas tugas selaku perseorang­an kedua atau mungkin pertama selepas Tze Yong digugurkan kerana belum cergas sepenuhnya.

Seu Bock berkata, berdasarka­n kepada pemerhatia­nnya, Jun Hao sudah melakukan persiapan rapi sepanjang menyertai kem latihan pusat sejak minggu lalu sebaik mengetahui ketiadaan Tze Yong pada edisi kali ini.

Jun Hao yang juga bekas juara remaja Asia, dijangka berdepan tugas sukar menentang Ng Ka Long pada aksi pertama Kumpulan D bertemu Hong Kong, Sabtu ini dengan kedua-duanya belum pernah bertemu.

“Setakat ini, dia menunjukka­n peningkata­n yang cukup bagus. Pada awalnya dia memikul tugas selaku perseorang­an ketiga, namun sekarang tanggungja­wabnya adalah sebagai perseorang­an kedua dan mungkin pertama.

“Dia sudah bersedia sepenuhnya dari segi psikologi. Kita tidak tahu dia akan jumpa siapa, mungkin Ka Long (menentang Hong Kong) dan mereka tidak pernah bertemu dalam mana-mana kejohanan sebelum ini.

“Semua orang sudah tentu jangka Ka

Long menang, jadi bagi saya, Jun Hao tidak akan berdepan tekanan. Dia akan turun dan buktikan dia mampu melakukann­ya kerana peluang adalah 50-50,” katanya ketika ditemui di Lapangan

Terbang

Antarabang­sa

Kuala Lumpur (KLIA) sebelum berlepas ke Chengdu, kelmarin.

Skuad negara tidak seharusnya mensia-siakan peluang meraih kemenangan ke atas Hong Kong kerana ia akan mencerahka­n misi untuk mara ke pusingan kalah mati.

Selain Hong Kong, skuad negara juga akan bertemu Algeria pada Ahad ini serta juara edisi 2016, Denmark, 30 April nanti.

“Kita sudah tetapkan fikiran masing-masing biarpun sesukar mana perlawanan itu nanti. Undian sudah dibuat, jadi tidak ada pilihan selain berdepan cabaran itu, begitu juga dengan negara lain yang berada dalam situasi seperti kita,” kata Seu Bock.

 ?? ?? JUN Hao
HON Jian ketika ditemui di KLIA.
JUN Hao HON Jian ketika ditemui di KLIA.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia