Harian Metro

USIA MUDA TAPI MUDAH TERTIPU!

Golongan berusia antara 21 hingga 40 tahun mendominas­i ‘carta mangsa scammer’

- Oleh Muhammad Saufi Hassan am@hmetro.com.my Kuala Lumpur

Golongan muda sering dianggap lebih ‘celik teknologi’ sekali gus sukar dijerat scammer atau pelbagai janji manis sindiket penipuan atas talian.

Namun hakikatnya berbeza apabila golongan muda mendominas­i ‘carta mangsa scammer’ tertinggi berbanding mangsa dalam kalangan warga emas.

Golongan terbabit yang berusia antara 21 hingga 40 tahun merekodkan jumlah tertinggi mangsa penipuan membabitka­n seramai 19,624 orang.

Angka itu jauh lebih tinggi berbanding kategori umur warga emas berusia 56 hingga lebih 61 tahun yang merekodkan angka 6,721 kes penipuan.

Statistik daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) berkenaan jelas menunjukka­n golongan muda menjadi ‘lubuk emas’ kepada rangkaian sindiket penipuan berkenaan walaupun golongan itu sinonim dengan penggunaan teknologi.

Berdasarka­n statistik rasmi PDRM, jenayah E-Dagang merekodkan jumlah tertinggi bagi kategori umur berkenaan dengan merekodkan 7,445 kes keseluruha­nnya.

Pada masa sama, Presiden Persatuan Pengguna Siber Malaysia (MCCA) Siraj Jalil melihat bahawa golongan umur berkenaan paling banyak terdedah dengan teknologi sekali gus menjadi sasaran mudah sindiket penipuan.

“Kategori umur 21 hingga 40 tahun berkenaan adalah lapisan umur ‘aktif media sosial’ dan internet sekali gus menjadi sasaran paling kritikal untuk sindiket penipuan.

“Golongan ini juga banyak melakukan transaksi secara atas talian berbanding warga emas. Mereka mempunyai sumber kewangan bulanan dan faktor itu menarik perhatian sindiket penipuan untuk ‘memancing’ golongan umur berkenaan.

“Jika kita bercakap soal penipuan atas talian, ia sangat berkait rapat dengan ketersambu­ngan serta penggunaan peranti. Jadi golongan muda pastinya paling ramai memiliki peranti pintar dan aktif menggunaka­nnya,” katanya.

Siraj berkata, jika seseorang individu tidak aktif dalam internet, tidak aktif penggunaan peranti pintar dan media sosial, ia akan mengurangk­an risiko mereka untuk terjebak dengan sebarang bentuk penipuan atas talian ini.

Beliau berkata, biarpun golongan umur terbabit sering dikaitkan dengan ‘segmen umur celik teknologi’ tetapi ia tidak menjadikan mereka celik dengan sebarang ancaman siber.

“Ia perkara yang berbeza. Mengetahui teknologi dan peka dengan serangan siber atau penipuan adalah dua perkara berbeza. Mungkin seseorang itu celik teknologi tetapi tidak terlalu peka dengan bentuk penipuan yang ada dalam ruang siber ini.

“Pengguna perlu tahu dan tidak mudah terjerat dengan janji manis, penyamaran sebagai pegawai agensi penguatkua­saan dan penawaran keuntungan tidak masuk akal kerana ini semua skrip biasa untuk sindiket katanya.

Menurutnya, sindiket penipuan boleh berlagak seperti mana-mana pegawai agensi penguatkua­saan dan mula memainkan emosi mangsa sebelum individu berkenaan terperangk­ap dengan ‘ancaman’ serta ketakutan.

Katanya, berdasarka­n trend penipuan dalam talian ini, skripnya hampir sama iaitu pemanggil akan memperkena­lkan diri sebagai pegawai agensi penguatkua­saan.

“Mereka akan mula memerangka­p mangsa apabila melakukan ‘perbualan berbentuk ancaman’ (verbal threat) kononnya mangsa mempunyai rekod transaksi perjudian dan sebagainya.

“Apabila mangsa yang berada dalam ketakutan dan kurang rasional untuk berfikir, penipuan,”

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia