Harian Metro

Gelojoh nak dapat wang mudah

-

Kuala Lumpur: Gelojoh tamak serta mahu mendapat wang mudah antara punca sejumlah RM1.2 bilion kerugian direkodkan sepanjang tahun lalu.

Ini dibuktikan apabila polis merekodkan kira-kira RM176.01 juta kerugian membabitka­n bermacam jenayah penipuan atas talian sepanjang Januari lalu.

Berdasarka­n statistik tahun lalu, kategori usia 21 hingga 30 tahun merekodkan kes paling tinggi terjebak dengan perangkap scammer iaitu 10,360 kes yang dilaporkan.

Bagi warga emas pula, rekod menunjukka­n golongan ini turut terjebak dengan sindiket penipuan dalam talian membabitka­n lebih 2,000 kes penipuan.

Skim pelaburan tidak wujud menjadi ‘resepi’ paling ampuh rangkaian sindiket penipuan ini apabila merekodkan jumlah kerugian paling tinggi tahun lalu serta Januari lalu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, bagi tahun lalu, kes membabitka­n pelaburan tidak wujud merekodkan jumlah paling tinggi iaitu lebih RM472 juta membabitka­n 5,386 kes dilaporkan.

“Jenayah telekomuni­kasi merekodkan jenayah kedua tertinggi iaitu lebih RM353 juta dengan 10,348 kes dilaporkan kepada pihak polis.

“Selain itu, jenayah e-Dagang mencatatka­n kerugian lebih RM204 juta diikuti jenayah e-Kewangan (RM105 juta), Love Scam (RM43 juta) dan pinjaman tidak wujud (RM40 juta).

“Bagi bulan

Januari ini saja, rekod jumlah kerugian adalah lebih RM176.01 juta membabitka­n 3,390 kes keseluruha­n,” katanya kepada Metro Ahad, semalam.

Ramli berkata, antara faktor menjadi punca adalah sifat tamak seperti keterujaan untuk melabur dengan memperoleh keuntungan besar dalam masa singkat.

Beliau berkata, ‘janji’ kononnya wang keuntungan pelaburan boleh diperoleh dalam tempoh beberapa jam mendorong mangsa terjebak dalam pelbagai skim tidak wujud.

“Contoh lain yang bersifat terkini adalah melabur dalam pelaburan matawang digital yang kurang difahami mereka. Pelabur muda ini tiada ilmu namun berani untuk melabur dalam jumlah besar,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia