Harian Metro

SENANG PERCAYA TAWARAN LUMAYAN

Faktor ramai terjerat dalam jenayah penipuan dalam talian

- Kuala Lumpur

Terlalu mempercaya­i tawaran luar biasa, pulangan pelaburan lumayan dan janji manis. Itu antara faktor ramai mangsa sering terjerat dalam jenayah penipuan dalam talian sehingga mengakibat­kan kerugian ratusan ribu ringgit hingga jutaan ringgit.

Ketua Pegawai Eksekutif CyberSecur­ity Malaysia (CSM) Datuk Dr Amirudin Abdul Wahab berkata, mangsa mudah ditipu kerana mereka mempunyai sifat keterbukaa­n, sikap kawal kendiri yang rendah serta sering mencari jalan mudah untuk menyelesai­kan sebarang masalah dihadapi.

Menurutnya, individu yang sering menjadi mangsa penipuan banyak menghabisk­an masa menggunaka­n media sosial dan Internet.

“Kebarangka­lian untuk scammer terus berleluasa juga tinggi berikutan golongan sasaran lebih besar di alam siber.

“Aktiviti penipuan boleh dilakukan dalam masa serentak atau singkat.

“Sudah menjadi kelaziman kepada scammer ini untuk berpura-pura mesra, bersimpati dan keinginan seperti mahu membantu sedangkan itu adalah skrip mereka,” katanya.

Dr Amirudin berkata, scammer ini akan menggunaka­n pelbagai taktik antaranya bercerita soal kesedihan, badan amal yang memerlukan bantuan selain menggunaka­n dokumen serta gambar palsu.

“Kebanyakan golongan warga emas ini yang sudah selesa dengan kehidupan dan mempunyai wang simpanan mencukupi terdorong untuk membantu orang lain (scammer).

“Mereka juga mudah untuk tersentuh dengan cerita-cerita sedih jadi terperangk­ap dengan skrip rekaan sindiket penipuan ini,” katanya.

Sudah menjadi kelaziman kepada scammer ini untuk berpura-pura mesra, bersimpati dan keinginan seperti mahu membantu sedangkan itu adalah skrip mereka”

Dr Amirudin

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia