Harian Metro

Sering gopoh buat keputusan

-

Kuala Lumpur: Sifat gopoh serta mahukan sesuatu dengan cara mudah dan menguntung­kan menjadi faktor ramai golongan muda terjerat dengan sindiket penipuan.

Secara psikologin­ya, golongan berkenaan kurang mempunyai neraca pertimbang­an rasional serta bersifat gopoh dalam membuat keputusan.

Pada masa sama, warga emas turut menjadi sasaran kerana sifat semula jadi jiwa mereka ‘lebih bertaman’ daripada kategori umur lain sekali gus mudah untuk dimanipula­si oleh pihak ketiga.

Demikian respons Pakar Perunding Kanan Psikiatri Universiti Malaya (UM) Prof Madya Dr Muhammad Muhsin Ahmad Zahari berhubung warga emas sering dijadikan sasaran mudah untuk skim penipuan dalam talian.

Pada masa sama, golongan ini dilihat sangat stabil daripada kedudukan kewangan kerana sudah memiliki wang simpanan serta kerjaya yang matang menjadikan ‘lombong emas’ buat sindiket penipuan.

Muhammad Muhsin berkata, golongan muda ini sering dikaitkan dengan sifat terburu-buru sehingga mereka mengabaika­n ‘tanggapan kedua’ (second thought) untuk melakukan sesuatu. Menyentuh soal warga emas pula, beliau berkata, warga emas mempunyai perubahan psikologi daripada usia dewasa kepada tua.

Beliau berkata, walaupun banyak ‘makan garam’ iaitu menunjukka­n sewajarnya lebih baik dalam membuat keputusan, tetapi biasanya jiwa menjadi lebih lembut dan lebih mudah untuk dipengaruh­i.

“Ada juga yang mengalami keadaan dipanggil kemerosota­n kognitif ringan dan keadaan itu sangat mempengaru­hi kebolehan mereka untuk membuat keputusan,” katanya.

Beliau berkata, golongan ini perlu diberi kesedaran terhadap bahaya ancaman penipuan serta penggunaan teknologi dengan lebih bijak.

Menurutnya, golongan ini perlu didedahkan dengan kefahaman berhubung sekuriti seperti nombor panggilan bukan talian tetap berisiko untuk panggilan scam.

“Nombor PIN dan nombor akaun, nombor kad pengenalan dan sebagainya perlu dirahsiaka­n dan tidak didedahkan serta sentiasa dengan perasaan curiga harus tinggi supaya lebih berwaspada.

“Ini tidak hanya untuk golongan warga emas sebaliknya untuk semua peringkat umur supaya sentiasa berwaspada,” katanya.

“Golongan muda kurang mempunyai neraca pertimbang­an rasional”

 ?? ?? SIFAT golongan muda yang cenderung untuk melabur dengan memperoleh keuntungan besar dalam masa singkat menyebabka­n mereka menjadi sasaran mudah
SIFAT golongan muda yang cenderung untuk melabur dengan memperoleh keuntungan besar dalam masa singkat menyebabka­n mereka menjadi sasaran mudah

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia