Harian Metro

‘MEREKA MASIH BERTUGAS, TAPI STATUS TAK AKTIF’

- Kuala Lumpur

Lima anggota polis antara tujuh individu yang ditahan kerana disyaki terbabit dalam kes samun warga asing membabitka­n wang tunai berjumlah RM260,000, berdepan tindakan dalaman antaranya pertukaran jabatan.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, tindakan itu akan dilakukan berdasarka­n hasil siasatan yang dijalankan dan keputusan oleh timbalan pendakwa raya (TPR).

“Anggota polis terbabit masih bertugas, tetapi berstatus tidak aktif. Kita tunggu keputusan TPR,” katanya selepas hadir pada majlis Perhimpuna­n Bulanan Polis Kuala Lumpur di IPK Kuala Lumpur di sini, semalam.

Beliau berkata, ada di antara suspek yang ditahan akan diminta memainkan peranan sebagai saksi kejadian dan membantu mengesan seorang lagi suspek yang masih bebas.

Pada 7 April lalu, tujuh individu termasuk lima anggota polis diberkas kerana disyaki menyamun seorang lelaki warga asing di sebuah residen di Jalan Tun Razak menyebabka­n kerugian RM260,000.

Sementara itu, Rusdi berkata, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kuala Lumpur merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM10.1 juta sepanjang tempoh Januari hingga Mac lalu manakala bagi tempoh sama 2023 membabitka­n RM39.7 juta.

“Statistik perbanding­an tangkapan pula bagi Januari hingga Mac 2024 dan tempoh yang sama tahun lalu menunjukka­n peningkata­n iaitu pada tahun ini mencatatka­n tangkapan 5,977 orang berbanding 3,576 orang pada 2023,” katanya.

Dalam pada itu, menurut Rusdi, perkembang­an dunia masa kini yang menjadikan platform dalam talian bagi tujuan penipuan menyumbang kepada peningkata­n kadar jenayah di Kuala Lumpur.

Beliau berkata, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Kuala Lumpur melakukan 996 serbuan untuk tempoh Januari hingga Mac lalu.

“Bagi Jenayah Call Center, JSJK berjaya membuka 16 kertas siasatan membabitka­n tangkapan seramai 180 orang,” katanya.

Selain itu, Rusdi berkata, Cawangan Khas Kuala Lumpur menjalanka­n risikan ke atas sindiket yang menjalanka­n penyeludup­an rokok tidak bercukai dan menahan dua warga asing serta merampas rokok tidak bercukai dianggarka­n bernilai RM66,205.92.

“Tindakan ini akan dilakukan berdasarka­n hasil siasatan yang dijalankan dan keputusan oleh TPR Rusdi Mohd Isa

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia