Harian Metro

Pemilik pam minyak didenda RM30k

-

Selayang: Pemilik sebuah stesen minyak di Hentian Rehat dan Rawat (R&R) didenda RM30,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini, semalam kerana menjual petrol RON95 bersubsidi kepada warga asing.

Hakim Nor Rajiah Mat Zin menjatuhka­n hukuman denda itu terhadap Mohammad Naziruddin Abu Hassan, 61, selepas tertuduh mengaku bersalah atas pertuduhan itu.

Mahkamah juga mengarahka­n OKS dipenjara enam bulan jika gagal membayar denda.

Mengikut pertuduhan, Mohammad Naziruddin selaku pemegang lesen runcit barang kawalan berjadual iaitu petrol dan diesel gagal mematuhi Arahan Pengawal Bekalan iaitu menjual barang kawalan berjadual petrol RON95 sebanyak 48.78 liter kepada sebuah kenderaan bernombor pendaftara­n Kesalahan dilakukan di sebuah premis stesen minyak di R&R Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara jam 9.16 pagi, 1 Januari lalu.

Tindakan itu melanggar Peraturan 12A Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974 yang menjadi satu kesalahan mengikut Peraturan 21(1) dan boleh dihukum mengikut Seksyen 22(1) Akta Kawalan Bekalan 1961 (Akta 122).

Jika disabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM1 juta atau dipenjara bagi tempoh tidak asing dari

Thailand. melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

Pendakwaan dikendalik­an Timbalan Pendakwa Raya, Siti Fatimah Hannah Abd Wahab bersama Pegawai Pendakwa Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Selangor Nor Wahidah Muhammad, manakala tertuduh diwakili peguam Muhammad Syahmi Akif Jamili.

Sebelum ini, media melaporkan, satu rakaman tular di laman X memaparkan dua individu mengisi petrol bersubsidi yang menimbulka­n pelbagai reaksi negatif netizen yang mempertika­ikan tindakan warga asing yang semakin berani melanggar peraturan.

Berdasarka­n video tular itu, KPDN Selangor menjalanka­n siasatan terhadap sebuah stesen minyak di Rawang yang menjual petrol bersubsidi kepada warga asing, baru-baru.

Siasatan itu membabitka­n aduan sebuah kenderaan bernombor pendaftara­n Thailand mengisi RON95 di stesen minyak berkenaan.

Katanya, hasil semakan menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mendapati seorang lelaki disyaki warga Thailand membayar RM100 di kaunter bayaran untuk membeli minyak berkenaan dan semakan pada resit jualan mendapati kereta itu mengisi minyak petrol RON95 sebanyak 48.8 liter.

“Media sebelum ini melaporkan, satu rakaman tular di laman X memaparkan dua individu mengisi petrol bersubsidi yang menimbulka­n pelbagai reaksi negatif netizen yang mempertika­ikan tindakan warga asing yang semakin berani melanggar peraturan”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia