Harian Metro

Along ugut bakar rumah ibu

-

Kuala Lumpur: Gara-gara sifat anak durjana yang kemaruk berjudi, seorang ibu tunggal merana kerana sering diganggu dan diugut along datang mengutip hutang sejak tiga tahun lalu.

Lim Sook Fun,64, merayu anak sulungnya berusia 40 tahun yang menghilang­kan diri itu tampil melunaskan hutangnya segera dan berhenti menyusahka­n keluarga.

Menurutnya, dia mahu memutuskan hubungan kekeluarga­an dengan anak lelakinya itu kerana terlalu kecewa dengan perbuatann­ya disifatkan tidak bertanggun­gjawab.

“Saya dah bersara dan suami sudah meninggal dunia kira-kira 10 tahun lalu. Dia anak sulung tak pernah bantu saya, tetapi hanya tambah menyusahka­n hidup saya.

“Ini sudah masuk kali ketiga dia meminjam dengan lintah darat, sebelum ini saya sudah bantu bayarkan hutang dia dua kali sebanyak RM30,000 dan RM40,000,” katanya pada sidang media di Wisma MCA di sini, semalam.

Dengan nada sedih pesara swasta itu merayu kepada anaknya yang bekerja sebagai perunding hartanah supaya melangsaik­an hutang sendiri dan berhenti menyusahka­n ahli keluarga.

“Sampai hati dia buat saya begini, mak awak ini sudah tua, saya tak ada banyak wang untuk bantu kamu, tolong jangan ganggu saya lagi.

“Saya mahu putuskan hubungan dengan anak sulung saya itu kerana dah berikan banyak peluang dan kepada along tolong jangan ganggu saya, mintalah wang pada orang yang meminjam,” katanya.

Sook Fun berkata, along terbabit bukan setakat mengganggu dan mengugut dirinya malah tiga kali menyimbah cat merah pada kediamanny­a serta lapan rumah jiran dan terbaharu pada 21 April lalu.

Katanya, along terbabit turut mengugut membakar rumah mereka selepas mendapat tahu dia membuat laporan polis berhubung kejadian itu.

Sementara itu Ketua Biro Perkhidmat­an Awam dan Aduan MCA, Datuk Seri Michael Chong memberi amaran kepada lintah darat terbabit supaya berhenti mengganggu ibu tunggal berkenaan.

“Anak punya pasal bukan salah ibu, jangan cari ibu, jangan cari orang tak bersalah, cari anak dia yang berhutang,” katanya.

 ?? ?? SOOK Fun menunjukka­n gambar anaknya pada sidang media di Wisma MCA di Kuala Lumpur.
SOOK Fun menunjukka­n gambar anaknya pada sidang media di Wisma MCA di Kuala Lumpur.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia