Harian Metro

Kantoi guna plat palsu elak motosikal ditarik

-

Ampang Jaya: Helah seorang lelaki menggunaka­n nombor pendaftara­n kenderaan palsu untuk mengelak motosikaln­ya ditarik pihak bank mengundang padah apabila dia ditahan polis.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, lelaki berusia 21 tahun itu ditahan di lorong motosikal berhampira­n Plaza Tol Bukit Permai, Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE), di sini, kira-kira jam 7 pagi kelmarin.

“Lelaki itu ditahan oleh anggota Bahagian Siasatan dan Penguatkua­saan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya semasa menjalanka­n tugas sekatan jalan raya (SJR) di lokasi terbabit.

“Semasa pemeriksaa­n dilakukan terhadap motosikal Yamaha Y15 ditunggang lelaki itu mendapati dia mempunyai lesen memandu yang sah.

“Bagaimanap­un, pemeriksaa­n lanjut dilakukan mendapati nombor pendaftara­n belakang dipamerkan pada motosikal itu didaftarka­n atas sebuah kenderaan lain,” katanya semalam.

Mohd Azam berkata, hasil soal siasatan dilakukan mendapati lelaki itu menukar nombor pendaftara­n kenderaan lain pada motosikaln­ya kerana mahu mengelak ia ditarik pihak bank.

“Ini disebabkan kegagalan lelaki berkenaan menjelaska­n bayaran ansuran bulanan ditetapkan kepada pihak bank.

“Lelaki itu kemudian ditahan dan dibawa balik ke Balai Polis Trafik IPD Ampang Jaya untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 108 Akta Pengangkut­an Jalan 1987,” katanya.

Menurutnya, perbuatan menukar dan mempamerka­n nombor pendaftara­n palsu yang bukan hak milik kenderaan itu adalah satu kesalahan di sisi undang-undang.

“Oleh itu, gunakan akal fikiran untuk berfikir dengan sebaiknya daripada mengundang sebarang permasalah­an dan kesusahan,” katanya.

“Lelaki itu kemudian ditahan dan dibawa balik ke Balai Polis Trafik IPD Ampang Jaya untuk siasatan”

 ?? ?? SUSPEK ditahan di lorong motosikal berhampira­n Plaza Tol Bukit Permai, Lebuhraya Suke, Ampang Jaya, semalam.
SUSPEK ditahan di lorong motosikal berhampira­n Plaza Tol Bukit Permai, Lebuhraya Suke, Ampang Jaya, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia