Harian Metro

Meningkat 14 peratus

-

Kuala Lumpur: Kes kemalangan membabitka­n warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) menunjukka­n peningkata­n 14 peratus tahun lalu.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, seperti dikongsika­n Ketua Polis Negara baru-baru ini, sebanyak 456 kes kemalangan direkodkan tahun lalu berbanding 400 kes tahun 2022.

Beliau berkata, kes kemalangan maut semasa tugas pula adalah sebanyak 25 kes tahun lalu manakala 31 kes bagi tahun 2022.

“Sebab itu saya ingatkan pegawai dan anggota polis Kuala Lumpur supaya mendapatka­n rehat yang cukup sebelum memulakan perjalanan pergi dan pulang bekerja.

“Kalau penat rehatlah sebentar kerana dalam kita menjalanka­n tugas, keselamata­n diri juga perlu diutamakan. Kalau berlaku kemalangan maut sudah tentu ada (ahli keluarga) yang ditinggalk­an.

“Malah, dua hari lalu turut berlaku kemalangan maut membabitka­n anggota polis yang dalam perjalanan menghadiri latihan menembak di Semenyih.

Saya juga menziarahi waris anggota itu,” katanya selepas Perhimpuna­n Bulanan Ketua Polis Kuala Lumpur di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur di sini, semalam.

Turut hadir, Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azry Akmar Ayob dan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur, Datuk Habibi Majinji.

Sementara itu, Rusdi berkata, kadar jenayah indeks Kuala Lumpur bagi tempoh Januari hingga Mac tahun ini menunjukka­n peningkata­n sebanyak 112 peratus manakala jenayah harta benda pula meningkat 125 peratus dan jenayah kekerasan (70 peratus).

Beliau berkata, dalam memerangi jenayah narkotik pula, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) merampas pelbagai jenis dadah sepanjang tempoh Januari hingga Mac tahun ini dengan jumlah sebanyak RM10.1 juta berbanding RM39.7 juta bagi tempoh sama tahun lalu.

Katanya, seramai 5,977 ditahan pada Januari hingga Mac tahun ini berbanding 3,576 orang bagi tempoh sama tahun lalu.

 ?? ?? RUSDI memeriksa lencana anggota sewaktu perbarisan kawalan kehormat sempena Perhimpuna­n Bulanan Ketua Polis Kuala Lumpur di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, semalam.
RUSDI memeriksa lencana anggota sewaktu perbarisan kawalan kehormat sempena Perhimpuna­n Bulanan Ketua Polis Kuala Lumpur di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia