Harian Metro

Nombor mikrocip 2 Poodle tak sepadan

-

Putrajaya: Cuba seludup anjing baka Poodle dari China menggunaka­n maklumat palsu.

Tindakan itu bagaimanap­un berjaya dihidu pegawai Jabatan Perkhidmat­an Kuarantin dan Pemeriksaa­n (Maqis) Selangor apabila dua anjing itu dikesan mempunyai identiti nombor mikrocip mengeliruk­an.

Pengarah Maqis Selangor, Mohd Sobri Md Hashim dalam satu kenyataann­ya semalam berkata, anjing berkenaan ditahan Selasa lalu hasil pemeriksaa­n rutin dijalankan pegawai penguat kuasa di tapak pemeriksaa­n Maqis di Zon Bebas Komersial (FCZ), Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA) Kargo di sini.

“Pemeriksaa­n mendapati nombor mikrocip yang diimbas pada badan anjing tidak sepadan dengan nombor mikrocip yang diikrar dalam permit import Maqis.

“Keperluan pemeriksaa­n nombor mikrocip yang tepat penting bagi memastikan haiwan yang masuk ke dalam negara sama dengan identiti yang tertera dalam Sijil Kesihatan yang diluluskan dari negara asal,” katanya.

Beliau berkata, kes terbabit disiasat mengikut Seksyen 13 Akta Perkhidmat­an Kuarantin dan Pemeriksaa­n Malaysia 2011 [Akta 728] kerana mengisytih­arkan maklumat mengeliruk­an.

“Jika disabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya,” katanya.

Mohd Sobri berkata, tindakan penguatkua­saan undang-undang akan terus diberi perhatian di semua pintu masuk negara untuk memantau dan memeriksa setiap keluaran pertanian bagi memastikan tumbuhan, haiwan, karkas, ikan, keluaran pertanian dan mikroorgan­isma yang diimport bebas ancaman perosak, penyakit dan bahan cemar serta mematuhi syarat dan peraturan yang ditetapkan.

 ?? ?? ANJING baka Poodle dari China yang dirampas Maqis Selangor hasil pemeriksaa­n dilakukan di Maqis FCZ Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA) Kargo, Sepang, Selangor.
ANJING baka Poodle dari China yang dirampas Maqis Selangor hasil pemeriksaa­n dilakukan di Maqis FCZ Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA) Kargo, Sepang, Selangor.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia