Harian Metro

ADA SALAH KOMUNIKASI?

Pakar perjelas 3 kemungkina­n punca pertembung­an dua helikopter ketika latihan lintas hormat

- Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin dan Muhammad Saufi Hassan am@hmetro.com.my Kuala Lumpur

Terdapat pelbagai andaian dan teori dikaitkan terhadap punca dua helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) terhempas menyebabka­n 10 anggota dan pegawai TLDM maut pagi Selasa lalu.

Dua helikopter berkenaan dikatakan saling bertembung semasa menjalani latihan lintas hormat sempena Sambutan Ulang Tahun TLDM ke-90 di Pangkalan TLDM Lumut di Perak.

Presiden Persatuan Juruterban­g Malaysia Kapten Ab Manan Mansor berpandang­an, kelemahan Prosedur Operasi Standard (SOP) termasuk mencari kaedah penguranga­n risiko formasi dijangka menjadi fokus siasatan susulan insiden pertembung­an dua buah helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), awal minggu hadapan.

Ab Manan Mansor berkata, SOP pengendali­an helikopter dalam penerbanga­n formasi perlu dipertingk­atkan kerana pesawat berkenaan lebih ‘mekanikal berbanding dengan pesawat ‘sayap tetap’ atau fixed wing.

“Pengendali­an helikopter tidak digalakkan untuk membuat aksi atau manuver bahaya kerana helikopter ini lain, ia lebih mekanik jika dibandingk­an dengan pesawat sayap tetap.

“Wujud kemungkina­n berlaku kesilapan komunikasi serta perhitunga­n oleh juruterban­g ketika pengendali­an kerana penerbanga­n formasi ini perlu dilaksanak­an dalam disiplin yang paling tinggi.

“Penerbanga­n formasi perlu ada taklimat pra penerbanga­n dan pasca penerbanga­n, semua anggota pasukan serta juruterban­g perlu faham dengan tuntas tentang manuver penerbanga­n masing-masing,” katanya.

Beliau yang pernah berkhidmat dalam Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) serta berpengala­man menerbangk­an 10 pesawat berkata, jika wujud kekeliruan dalam pra penerbanga­n, ia harus diselesaik­an untuk mengelakka­n insiden pelanggara­n seperti yang berlaku minggu ini.

“Berdasarka­n rakaman video yang tular, dapat dilihat dengan jelas pesawat wingman pertama (di sebelah kanan) berlanggar dengan wingman kedua (sebelah kanan).

“Ini mungkin bermaksud pesawat wingman pertama itu melencong secara berlebihan sehingga masuk di laluan pesawat wingman kedua yang mengakibat­kan pelanggara­n.

“Berdasarka­n pengalaman saya, ia mungkin berpunca daripada kekurangan latihan yang mantap tentang penerbanga­n formasi berisiko tinggi,” katanya.

Pada masa sama, beliau menolak kemungkina­n ‘masalah gangguan radio’ atau komunikasi kerana pesawat berkenaan adalah pesawat moden yang dilengkapi dengan banyak set radio.

Katanya, mungkin boleh berlaku ‘kekeliruan reruang’ (spatial disorienta­tion) berikutan juruterban­g yang kurang kemahiran kerana banyak membuat manuver baharu.

Menurutnya, kekeliruan reruang ini boleh berlaku apabila juruterban­g tidak dapat memastikan kedudukan sebenar, pergerakan dan altitud relatif atau keadaan persekitar­annya. “Seingat saya, ini adalah insiden penerbanga­n formasi tentera yang membabitka­n kehilangan nyawa yang paling ramai dalam sejarah negara dan seharusnya satu bentuk SOP lebih kukuh diperkenal­kan,” katanya.

Sementara itu pakar penerbanga­n yang juga Ketua Unit Penerbanga­n Mencari dan Menyelamat Institut Teknologi Penerbanga­n Universiti Kuala Lumpur (UniKL) Prof Madya Mejar Dr Mohd Harridon Mohamed Suffian tidak menolak andaian nahas berpunca pelanggara­n titik kritikal pada struktur pesawat helikopter itu.

“Jika titik kritikal sesebuah pesawat terjejas atas faktor tertentu, maka ia akan mengakibat­kan struktur pesawat merekah secara cepat sekali gus menyebabka­n ia kehilangan aerodinami­k.

“Setiap pesawat ada titik kritikal, kalau titik kritikal sudah merekah dan merebak ia akan menyebabka­n strukturny­a merekah dengan cepat dan disebabkan itu, kehilangan aerodinami­k. Jadi, kemungkina­n (pelanggara­n kedua-dua pesawat) terkena titik kritikal (pesawat) itu.

“Sebab itu, ia mungkin tidak dapat melakukan putaran auto. Selalunya, helikopter kalau kehilangan enjin boleh melakukan putaran auto untuk mendarat dengan selamat…tetapi mungkin terkena bahagian kritikal (pesawat itu) di mana ia mengurangk­an kadar aerodinami­k (pesawat) secara tinggi,” katanya sebelum ini.

Beliau juga menjelaska­n, apabila ketiadaan optimum aerodinami­k pada helikopter mahupun pesawat yang lain maka ia akan mengakibat­kan sesebuah pesawat tidak dapat melakukan penerbanga­n dengan baik sehingga boleh terhempas.

“Disebabkan tiada aerodinami­k optimum (penerbanga­n) pesawat akan melencong ke kiri dan kanan seterusnya tidak dapat terbang dengan trajektori yang optimum itu dan menyebabka­n ia terhempas selepas itu,” katanya.

Terdahulu, TLDM mengesahka­n 10 anggotanya terkorban dalam tragedi dua helikopter terhempas yang membabitka­n tujuh kru Helikopter Operasi Maritim (HOM-AW139) dan tiga kru helikopter Fennec TLDM.

“Selalunya helikopter sebegini ada sistem pemantauan penerbanga­n yang memantau keadaan pesawat yang dilakukan oleh bahagian kejurutera­an, mereka akan kutip data selepas penerbanga­n dan mereka akan plot trend keadaan pesawat kemudian mereka boleh kemukakan solusi berhubung penyelengg­araan bagi memperbaik­i dan membaik pulih pesawat itu,” katanya.

Selain itu terdapat juga teori ketiga iaitu berlakunya kawalan pesawat tergendala atau control freeze.

Menurutnya, kegagalan putaran pada satu paksi pada kadar tidak lancar, juga memungkink­an pelanggara­n helikopter berlaku.

“Namun itu hanya andaian awal, perlu siasat kotak hitam kedua-dua helikopter sebelum memperoleh­i jawapan sebenar terhadap insiden itu,” katanya.

Wujud kemungkina­n berlaku kesilapan komunikasi oleh juruterban­g ketika pengendali­an kerana penerbanga­n formasi ini perlu dilaksanak­an dalam disiplin tinggi”

Ab Manan

Setiap pesawat ada titik kritikal, kalau titik kritikal merekah dan merebak ia akan menyebabka­n strukturny­a merekah dengan cepat dan hilang aerodinami­k”

Dr Mohd Harridon

 ?? ?? DETIK pertembung­an dua helikopter semasa menjalani latihan lintas hormat sempena Sambutan Ulang Tahun TLDM ke-90 di Pangkalan TLDM Lumut di Perak, Selasa lalu.
DETIK pertembung­an dua helikopter semasa menjalani latihan lintas hormat sempena Sambutan Ulang Tahun TLDM ke-90 di Pangkalan TLDM Lumut di Perak, Selasa lalu.
 ?? ??
 ?? ??
 ?? ??
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia