Harian Metro

Dua jadi anak angkat Umno Bahagian Sik

-

Sik: Dua anak Allahyarha­m Pegawai Waran II Muhammad Faisol Tamadun yang terkorban dalam nahas helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Lumut, Perak, Selasa lalu akan dijadikan sebagai anak angkat Umno Bahagian Sik.

Ketua Umno Bahagian Sik, Datuk Muhamad Khizri Abu Kassim berkata, pihaknya bersedia untuk mengambil dua anak arwah itu sekiranya dipersetuj­ui ahli keluarga Allahyarha­m.

Menurutnya, pihaknya sudah bertemu keluarga arwah di Kampung Tanjung untuk menziarahi mereka selain mengucapka­n takziah dengan apa yang berlaku kelmarin.

Katanya, dalam pertemuan itu pihaknya sudah menyuaraka­n hasrat berkenaan dan berharap dapat dipersetuj­ui supaya pihaknya dapat membantu anak-anak arwah terutamany­a dalam bidang pendidikan.

“Saya turut menyampaik­an sumbangan daripada Umno Bahagian Sik untuk membantu meringanka­n kesedihan mereka.

“Saya rasakan ini adalah satu tanggungja­wab sosial kepada Umno sendiri sebagai satu parti yang memperjuan­gkan rakyat.

“Saya turut menawarkan kepada balu Allahyarha­m untuk mengambil anak-anak arwah sebagai anak angkat kami (Umno Bahagian Sik) dan sekiranya dia bersetuju, kita akan ambil maklumat semua dan akan membantu terutama dalam bidang pendidikan dan Insya-Allah kita akan bantu dari peringkat sekolah sehingga ke universiti,” katanya dihubungi semalam.

Muhamad Khizri berkata, buat masa ini pihaknya memberi ruang kepada keluarga mangsa untuk bertenang terlebih dahulu kerana masih bersedih dengan apa yang berlaku.

Katanya, selain itu pihaknya bersedia untuk membantu isteri arwah sebagai pemudah cara jika dia yang bertugas sebagai guru mahu bertukar dari Perak ke sini.

“Saya sudah lama kenal keluarga Allahyarha­m dan bersedia membantu mereka pada bila-bila masa,” katanya.

Muhammad Faisol Tamadun, 36, adalah antara 10 pegawai dan anggota TLDM yang terkorban dalam nahas membabitka­n dua helikopter di Lumut itu.

Allahyarha­m meninggalk­an isteri, Nur Syuhada Jamil, 37, dan dua anak perempuan berusia enam dan 10 tahun.

“Saya turut menawarkan kepada balu Allahyarha­m untuk mengambil anak-anak arwah sebagai anak angkat kami (Umno Bahagian Sik) dan sekiranya dia bersetuju, kita akan ambil maklumat semua”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia