Harian Metro

‘SAYA HARAP BELLA, SARAHS BERI PELUANG’

Ruhainies mahu minta maaf dan bersemuka bagi akhiri kemelut melanda

- Kuala LLumpur:

Pellakon kontrovers­i, Ruhainies tampil memohon mmaaf kepada Beella Astillah atass segala kemmelut yang berlakuu mmembabitk­an meerekaa.

RRuhaainie­s dalam hanntaraan terbaru di Insttagraa­m Story turutt menyatakan haasrat untuk berempat mata t denga mu an Bella yang jjuga isteri kepada Alifff Aziz bagi meenjernih­kan huubungan ppersahaba­tan mereka.

“Saya ingin memohon untuk bercakap beberapa perkara hari ini (semalam) berhubung dengan isu yang sedang berlaku.

“Saya memilih untuk berdiam diri, bukan nak mengiyakan atau menidakkan, tetapi niat saya untuk mengelak daripada bergaduh di media sosial dan memanjangk­an lagi isu terbabit.

“Justeru dengan rendah diri saya ingin memohon maaf kepada Bella atas segala berlaku. Saya ingin bertemu dengan anda untuk menjernihk­an keadaan supaya kita boleh menutup kisah ini dan meneruskan kehidupan serta bergembira semula,” tulisnya.

Dalam masa sama, Ruhainies turut ingin meminta maaf kepada semua pihak yang terbabit dan terkesan dengan isu yang tercetus.

“Saya juga dengan ikhlas ingin mengundang Sarah Yasmine (wanita didakwa kekasih Aliff) dalam pertemuan kami supaya kita boleh memperbetu­lkan semula keadaan yang berlaku dan menyelesai­kan perkara ini.

“Saya sangat berharap Bella dan Sarah akan memberi saya peluang untuk bertemu dengan mereka. Dengan penuh keikhlasan saya ingin memohon maaf sekali lagi atas segala yang berlaku,” katanya.

Sebelum ini Sarah mendedahka­n beberapa perbualan romantis dan perancanga­n yang disusun Ruhainies bersama Aliff untuk menjatuhka­n Bella di WhatsApp.

Menerusi pendedahan yang dikongsika­n di Instagram Story itu, kedua-duanya juga dilihat saling mengutuk Bella dengan isu yang berlaku membabitka­n mereka selepas insiden ditangkap khalwat pada awal Mac lalu.

Antara perbualan yang menarik perhatian adalah Ruhainies yang seolah-olah kurang senang apabila Bella dilantik sebagai wajah baru produk kecantikan yang sebelum ini melantikny­a sebagai wajah produk itu.

Dalam perbualan itu juga, Aliff dan Ruhainies saling meluahkan kata-kata romantis seperti mengucapka­n rasa rindu dan sayang.

Tidak hanya itu, mereka juga ‘teguh’ dalam mendepani ujian yang berlaku bersama-sama serta percaya dengan perancanga­n yang sudah disusun atur.

Pada masa sama, Sarah turut mendakwa Ruhainies seorang yang suka memanipula­si sehingga sanggup

ed membiayai kos peguam untuk Aliff.

Sarah turut membangkit­kan persoalan sama ada Ruhainies atau kekasihnya yang membayarka­n kos peguam untuk Aliff itu.

“Niat saya untuk mengelak daripada bergaduh di media sosial Ruhainies

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia