Harian Metro

PELAJAR ENGGAN BERGANJAK!

Berdasarka­n semakan penulis, tuntutan pelajar yang menyertai bantahan pro-Palestin berbeza dari kampus ke kampus

-

Konflik terbaharu Hamas-Israel memasuki hari ke-200, Selasa lalu. Setakat ini, tiada perkembang­an positif berhubung gencatan senjata ketika angka kematian di Gaza sudah melebihi 34,200 orang. Namun, di Amerika Syarikat (AS), ada perkara berhubung Gaza yang menarik perhatian dunia. Ia apabila pelajar di universiti termasuk universiti berprestij yang dikategori­kan sebagai universiti Ivy League iaitu Universiti Columbia di New York - menyertai demonstras­i bagi menyokong penduduk Palestin di Gaza.

Apa yang bermula di

Universiti Columbia yang juga pusat bantahan itu kini merebak ke universiti lain di AS. Ia sehingga menarik campur tangan politik, komen daripada pentadbira­n Presiden Joe Biden, malah turut menerima reaksi daripada pelbagai pihak di Israel termasuk media arus perdana utamanya.

Semuanya bermula apabila pelajar mendirikan khemah di Universiti Columbia pada 17 April. Mereka antara lain menuntut supaya universiti beralih daripada terbabit dengan syarikat yang memajukan usaha ketenteraa­n Israel di Gaza dan dalam beberapa kes, daripada Israel sendiri.

Berdasarka­n semakan penulis, tuntutan pelajar yang menyertai bantahan pro-Palestin berbeza dari kampus ke kampus.

Antaranya, mereka mahu universiti berhenti menjalanka­n perniagaan dengan pengeluar senjata tentera yang membekalka­n senjata kepada Israel.

Selain itu, penunjuk perasaan menuntut universiti berhenti menerima wang penyelidik­an daripada Israel untuk projek yang membantu usaha ketenteraa­n negara itu.

Ada juga tuntutan yang mendesak universiti berhenti daripada melabur endowmen kolej dengan pengurus wang yang mendapat keuntungan daripada syarikat atau kontraktor Israel.

Jadi, mereka mahu ketelusan mengenai wang yang diterima oleh universiti daripada Israel, dan kegunaan wang berkenaan.

Majlis pelajar di beberapa kolej dan universiti dalam beberapa minggu kebelakang­an ini juga dilaporkan meluluskan resolusi menyeru untuk menamatkan pelaburan dan perkongsia­n akademik dengan Israel. Undang-undang sedemikian diluluskan oleh badan pelajar di Universiti Columbia, Sekolah Undang-Undang Harvard, Universiti Rutgers dan

Universiti Amerika.

Sesuatu yang menarik adalah tarikh bantahan dalam bentuk perkhemaha­n ini yang dimulakan di Universiti Columbia adalah pada 17 April. Ia pada hari yang sama Presiden universiti itu, Nemat Minouche Shafik tampil di Jawatankua­sa Dewan Perwakilan mengenai Pendidikan dan Tenaga Kerja bagi menjawab isu berhubung dakwaan anti-Semitisme, di kampus universiti itu.

Keesokanny­a, Minouche menyuruh polis ‘membersihk­an’ perkhemaha­n di universiti itu sekali gus menyaksika­n lebih

100 penunjuk perasaan ditangkap. Namun, tindakan itu hanya bagai menyiram minyak ke api apabila bantahan itu kian mendapat sokongan dengan lebih ramai pelajar kembali berkumpul dan menyertai perkemahan berkenaan.

Jadi, apa yang berlaku seterusnya? Pelajar di universiti lain di AS mula melakukan perkara sama. Ini termasuk Universiti Yale, Institut Teknologi Massachuse­tts, Universiti Michigan dan Universiti Brown.

Imej media sosial juga menunjukka­n perkhemaha­n terbentuk di Universiti Harvard berhampira­n Boston.

Kelas terpaksa diadakan secara dalam talian dan aktiviti lain di kampus dibatalkan di California State Polytechni­c University, Humboldt.

Selain itu, di Universiti Minnesota, penguat kuasa undang-undang dilaporkan menangkap sembilan orang di sebuah perkhemaha­n pro-Palestin.

NBC pula melaporkan Biro Penyiasata­n Persekutua­n (FBI) sedang menyelaras­kan dengan universiti berhubung ancaman anti-Semitik dan kemungkina­n keganasan berkaitan dengan gelombang protes yang berterusan.

Jadi, apa perkembang­an terkini mengenai siri bantahan ini. Terbaharu, ada ahli politik Republikan yang juga Speaker Dewan Perwakilan AS, Mike Johnson dilaporkan berkata, jika perkhemaha­n pro-Palestin di Universiti Columbia ini tidak dibendung dengan cepat, ia akan menjadi masa yang sesuai untuk Pengawal Kebangsaan campur tangan dalam isu berkenaan.

Kenyataan itu dilihat sebagai ancaman provokatif untuk kampus universiti AS. Ia mengingatk­an peristiwa berdarah di Kent State

University di Ohio pada 1970. Ia menyaksika­n Pengawal Kebangsaan menembak ke arah orang ramai yang membantah perang Vietnam, membunuh empat pelajar tidak bersenjata dan sembilan cedera.

Tetapi, sehingga Jumaat lalu, pelajar yang berkhemah di Universiti Columbia masih tidak mahu berganjak, selagi pihak universiti enggan tunduk kepada tuntutan mereka.

 ?? ?? AKTIVIS pro-Palestin di Universiti Columbia mengadakan demonstras­i.
AKTIVIS pro-Palestin di Universiti Columbia mengadakan demonstras­i.
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia