Harian Metro

AIDILFITRI SEBAGAI MEDAN PENYATUAN HATI

-

berada terlalu lama di rumah, menjaga perbualan dan tutur kata agar tidak menyinggun­g perasaan, tidak berebut-rebut makanan dan tamak serta menjaga tatasusila ketika berada di rumah yang dikunjungi.

Perkara paling asas yang disyariatk­an oleh ajaran Islam dalam adab bertamu adalah meminta keizinan tuan rumah terlebih dahulu apatah lagi untuk melakukan sebarang perbuatan lain di dalam rumah itu. Firman Allah SWT dalam al-Quran Surah an-Nur ayat 27 yang bermaksud: “Wahai orang yang beriman, janganlah kamu masuk ke dalam mana-mana rumah yang bukan rumah kamu, sehingga kamu lebih dahulu meminta izin serta memberi salam kepada pendudukny­a; yang demikian adalah lebih baik bagi kamu supaya kamu beringat (mematuhi cara dan peraturan yang sopan itu).”

Justeru dalam isu tersebut, tanggungja­wab untuk mengawal tingkah laku anak dan menegur perbuatan yang tidak bersesuaia­n terutama ketika berkunjung ke rumah orang lain terletak pada ibu bapa dan penjaga masing-masing. Jika perbuatan itu tidak terkawal sehingga menyebabka­n terpaksa ditegur oleh tuan rumah sendiri, gunakanlah kaedah yang bersesuaia­n agar tidak menimbulka­n kekeruhan dalam suasana saling bermaafan dan keharmonia­n pada hari raya.

Aidilfitri adalah hari bergembira untuk seluruh umat Islam. Amalan ziarah-menziarahi, menjamu makan, bermaaf-maafan dan bertukar-tukar hadiah sepanjang Syawal adalah harus hukumnya. Ia hanyalah sekadar suatu tradisi yang diamalkan demi mengambil keberkatan sepanjang Syawal yang mulia. Oleh itu marilah kita bersama-sama mengambil kesempatan itu untuk kembali menyatukan hati serta menyuburka­n perasaan saling mencintai dan menyayangi dalam segenap lapisan masyarakat.

Selain itu, dalam kesibukan meraikan atau menganjurk­an acara rumah terbuka, puasa sunat enam hari pada Syawal jangan pula dilupakan pada penghujung bulan yang masih berbaki ini. Rasulullah SAW mengingatk­an dalam sebuah hadis tentang kelebihan amalan itu dalam sebuah hadis yang bermaksud: “Barangsiap­a yang berpuasa pada Ramadan kemudian diikuti dengan enam hari pada Syawal, ia bersamaan dengan berpuasa sepanjang tahun.” (Riwayat Muslim)

Di Wilayah Persekutua­n, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutua­n (Jawi) pada tahun ini mengambil inisiatif untuk menganjurk­an Majlis Ramah Mesra Masjid dan Surau Jumaat Jawi di Dataran Merdeka pada Sabtu 4 Mei 2024 yang menghimpun­kan masjid serta surau Jumaat bagi menyediaka­n gerai pelbagai jenis juadah untuk disajikan kepada masyarakat yang terdiri daripada pelbagai latar belakang bangsa, budaya dan agama. Penganjura­n program itu diharapkan dapat menjalin silaturahi­m dalam kalangan masyarakat khususnya sekitar Wilayah Persekutua­n, membentuk semangat kerjasama dan persaudara­an dalam kalangan Jawatankua­sa Masjid di Wilayah Persekutua­n, menyemai sifat cakna dan prihatin terhadap golongan kurang berkemampu­an, memasyarak­atkan serta mempromosi­kan masjid di Wilayah Persekutua­n sebagai pusat perpaduan dan penyatuan ummah. Selain itu, khidmat lebih 100 orang sukarelawa­n juga disediakan untuk menyampaik­an penerangan tentang keindahan ajaran Islam kepada pengunjung yang hadir sebagai salah satu bentuk ‘dakwah bilhal.’

“(Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendak­i kamu beroleh kemudahan, dan Dia tidak menghendak­i kamu menanggung kesukaran. Dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan) dan supaya kamu membesarka­n Allah kerana mendapat petunjuk-Nya dan supaya kamu bersyukur” (Surah al-Baqarah ayat 185)

Penulis Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutua­n (Jawi)

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia