Harian Metro

BUKAN CALON TAPI PARTI

- Oleh Mohammad Khairil Ashraf Mohd Khalid khairil.ashraf@hmetro.com.my Kuala Lumpur

Mana-mana calon yang diletakkan sama ada daripada DAP atau Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu tidak akan memberikan impak yang besar, kata penganalis­is politik dari Akademi Penyelidik­an Strategik Nusantara (NASR) Dr Azmi Hassan.

Beliau sebaliknya berkata, PRK Kuala Kubu Baharu yang bakal berlangsun­g pada 11 Mei depan adalah pertanding­an antara antara parti atau kerajaan negeri dan Persekutua­n melawan pembangkan­g.

“Ia adalah berkenaan dengan parti. Bagi pihak Pakatan Harapan (PH), ia adalah berkenaan kewibawaan kerajaan negeri dan lebih besar lagi kerajaan Persekutua­n.

“Bagi pihak pembangkan­g atau Perikatan Nasional (PN), ia adalah kewibawaan pembangkan­g. Jadi, bagi saya letak sesiapapun sama ada DAP atau Bersatu, ia tidak memberikan impak yang agak besar,” katanya ketika dihubungi Harian Metro semalam.

Sebelum ini, PH menamakan Setiausaha Akhbar Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Pang Sock Tao mewakili gabungan itu manakala PN pula mempertaru­hkan Pemangku Ketua Bahagian Bersatu Hulu Selangor Khairul Azhari Saut.

Mengulas lanjut katanya, dari segi strategi meraih simpati pengundi, PH melalui DAP sepatutnya mengemukak­an calon daripada Melayu.

“Ini disebabkan masalah PH atau kerajaan Persekutua­n ketika ini ialah untuk mendapatka­n sokongan pengundi Melayu. Jadi, kalau calon DAP daripada Melayu itu mungkin boleh menarik sedikit sebanyak pengundi Melayu,” katanya.

Bagi PN pula, katanya, masalah utama gabungan dipimpin oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin itu adalah untuk menarik pengundi bukan Melayu.

“Seharusnya mereka mengemukak­an calon walaupun daripada Bersatu atau Gerakan iaitu calon bukan Melayu,” katanya.

Beliau turut meramalkan PH yang mewakilkan DAP berpeluang untuk mempertaha­nkan kerusi dimenangi sebelum ini atas faktor penyandang.

“Penyandang di (kawasan) itu DAP. Gelombang hijau ketika Pilihan Raya Negeri (PRN) adalah kuat tapi calon DAP masih mampu raih (lebih) 4,000 majoriti,” katanya.

Turut sependapat, penganalis­is politik Universiti Malaya (UM) Prof Madya Dr Awang Azman Awang Pawi yang menyatakan PRK Kuala Kubu Baharu memihak kepada Kerajaan Perpaduan.

Katanya, antara sebabnya adalah PRK ini berlangsun­g di Selangor dan kerajaan negeri ditadbir oleh PH.

“Kerajaan negeri PH dan kerajaan Persekutua­n adalah Kerajaan Perpaduan. Yang kedua, pengundi Cina adalah penyokong kuat PH. Hampir pasti 30 peratus itu pengundi Cina menyokong.

“Dia (hanya) perlukan sekitar 25 hingga 30 peratus. Ini mereka boleh peroleh melalui segmen pengundi Melayu dalam kalangan Amanah, PKR dan Umno. Kalau sebahagian pengundi India menyokong Kerajaan Perpaduan sudah memadai, sama juga pengundi Orang Asli,” katanya.

 ?? ?? PARA petugas Suruhanjay­a Pilihan Raya (SPR) giat melakukan persiapan menjelang hari penamaan calon hari ini ketika tinjauan di Pusat Penamaan Calon Pilihan Raya Kecil (PRK) N06 Dewan Undangan Negeri (Dun) Kuala Kubu Baharu, Selangor bertempat di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor, Kuala Kubu Baharu.
PARA petugas Suruhanjay­a Pilihan Raya (SPR) giat melakukan persiapan menjelang hari penamaan calon hari ini ketika tinjauan di Pusat Penamaan Calon Pilihan Raya Kecil (PRK) N06 Dewan Undangan Negeri (Dun) Kuala Kubu Baharu, Selangor bertempat di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor, Kuala Kubu Baharu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia