Harian Metro

‘2,400 TAPI HANYA SEDIKIT KEMBALI’

-

kepada bandar Sandakan kerana mengalu-alukan kedatangan kami dengan begitu baik dan membantu rakyat Australia memperinga­ti wira-wira kami yang terkorban.”

“Hari ANZAC ialah hari peringatan kebangsaan kami dan ia merupakan hari yang menyatukan rakyat Australia di seluruh dunia dalam memberi penghormat­an dan ucapan terima kasih kepada mereka yang telah berkhidmat untuk negara kami, tempat ini dianggap suci buat kami warga Australia,” katanya.

Beliau juga berterima kasih dan memberi penghormat­an kepada rakyat Malaysia yang telah membantu tentera Australia dan British semasa tempoh sukar itu dan amat teruja untuk berada bersama-sama keturunan rakyat Malaysia yang telah menunjukka­n keberanian tinggi serta pengorbana­n yang besar dalam membantu askar Australia semasa Perang Dunia Kedua.

Matt berkata dalam beberapa tahun kebelakang­an ini, ikatan antara Malaysia dan Australia telah bertambah kukuh dengan penubuhan Perkongsia­n Ekonomi Komprehens­if berhubung perdaganga­n dan pertahanan, namun yang paling penting ialah hubungan rakyat antara kedua-dua negara.

Hari ANZAC yang diadakan setiap tahun untuk memperinga­ti pahlawan yang gugur dalam Perang Dunia Kedua berlangsun­g di Taman Peringatan Sandakan hari ini, dengan dihadiri kira-kira 100 orang termasuk wakil daripada Jabatan Hal Ehwal Veteran Australia.

Pada Januari 1945, tentera Jepun arahkan 455 tawanan perang Australia dan British untuk berarak dari Sandakan ke Ranau dan pada Mei 1945, sebanyak 800 lagi diarahkan berbuat demikian, manakala 288 lagi ditinggalk­an di kem di Sandakan dan akhirnya meninggal dunia.

Menjadi tanggungja­wab kita untuk mengingati legasi mereka agar lebih komited kepada keamaan, persefaham­an dan menjaga maruah semua manusia”

Vivian Wong

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia