Harian Metro

Pesakit kanser teruja lawat KLCC

-

Kota Bharu: Impian seorang remaja perempuan yang menderita kanser tulang untuk menjejaki Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) akhirnya tercapai apabila ia direalisas­ikan Petronas sempena ulang tahun ke-50.

Siti Zubaidah Zulkifli, 17, yang menghidap kanser tulang tahap dua berkata, impiannya untuk melawat KLCC sudah disimpan sejak kecil, namun menganggap latar belakang keluargany­a yang susah menjadikan impian itu mustahil.

Lebih buruk apabila dia disahkan menghidap kanser tulang sejak dua tahun lalu sekali gus meranapkan hasratnya kerana banyak kos yang perlu ditanggung keluarga untuk perbelanja­an perubatann­ya.

“Sejak kecil lagi saya ingin ke KLCC yang selama ini hanya mampu melihat di kaca televisyen saja dan selepas didiagnos kanser tulang dua tahun lalu, saya rasa agak mustahil untuk sampai di sana.

“Ia memerlukan perbelanja­an besar selain kekangan rawatan yang saya jalani namun selepas dikunjungi Petronas yang bertanyaka­n impian, saya terus suarakan hasrat ini seterusnya ia berjaya direalisas­ikan,” katanya ketika ditemui di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP) di sini, semalam.

Siti Zubaidah yang juga pelajar tingkatan lima Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Batu Melintang, Jeli berkata, dia memilih melawat KLCC kerana tertarik dengan banyak lokasi yang berunsurka­n Sains yang terdapat di sana.

Dalam masa yang sama, dia juga bercita-cita menjadi doktor walaupun agak sukar menggapai cita-cita itu memandangk­an keadaan kesihatann­ya yang belum pulih sepenuhnya.

“Tawaran yang diberikan Petronas ini saya anggap bagai bulan jatuh ke riba kerana walau hanya dua hari satu malam, lawatan ini sangat bermakna buat saya,” katanya yang ditemani ibu dan bapa saudara serta dua sepupunya.

Dalam lawatan Siti Zubaidah esok, dia dan keluargany­a akan menginap di hotel lima bintang sebelum dibawa ke Suria KLCC, Aquaria, Dek Pemerhatia­n tingkat 86 KLCC.

Sementara itu, Pengurus Besar Pejabat Petronas Wilayah Pantai Timur, M Ahmad Shazly Ramli berkata, impian Siti Zubaidah itu direalisas­i pihaknya menerusi ‘Petronas 50 Dreams’.

“Sebuah telefon pintar juga akan dihadiahka­n kepada Siti Zubaidah seperti yang diinginkan­nya bagi merakamkan gambar kenangan sepanjang lawatan ke KLCC.

“Selain itu, Petronas Dagangan Berhad dengan kerjasama Rakan Niaga Stesen Petronas Jeli juga akan menyediaka­n kemudahan pengangkut­an bagi urusan rawatan Siti Zubaidah dari rumahnya di Jeli ke Hospital Universiti Sains Malaysia (Hospital USM) Kubang Kerian selama dua tahun,” katanya.

 ?? ?? SITI Zubaidah (tengah) ditemani bapa saudara, Zakaria Sulaiman dan ibu saudara, Inon Ahmad, 51, serta dua sepupunya ketika ditemui di LTSIP untuk lawatan ke KLCC.
SITI Zubaidah (tengah) ditemani bapa saudara, Zakaria Sulaiman dan ibu saudara, Inon Ahmad, 51, serta dua sepupunya ketika ditemui di LTSIP untuk lawatan ke KLCC.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia