Harian Metro

REMPUH KERETA BERANG BISING

Lelaki naik angin tak tahan dengar pasangan kekasih bertengkar dalam rumah

- Oleh Raja Noraina Raja Rahim am@hmetro.com.my Kuala Lumpur

Berang dengan perbuatan sepasang kekasih yang membuat bising dan bertengkar di dalam rumah menyebabka­n seorang lelaki bertindak luar kawalan apabila melanggar kenderaan pasangan terbabit di kawasan Brickfield­s di sini.

Difahamkan, rakaman yang menunjukka­n kejadian itu turut tular di media sosial sejak kelmarin.

Ketua Polis Daerah Brickfield­s Asisten Komisioner Ku Mashariman Ku Mahmood berkata, polis menerima laporan kejadian daripada seorang lelaki berusia 40 tahun pada 22 April lalu.

Menurutnya, dalam kejadian berlaku jam 2.15 petang, pengadu dan teman wanitanya bertengkar di dalam rumah dan menyebabka­n bunyi bising.

“Suspek lelaki berusia 35 tahun yang juga rakan kepada penyewa lain di rumah berkenaan berasa berang dengan pertengkar­an pasangan itu.

“Selisih faham itu tidak terhenti di dalam rumah sebaliknya menyebabka­n berlakunya kejadian khianat kenderaan apabila suspek yang memandu didapati dengan sengaja melanggar kenderaan pengadu yang keluar dari parkir.

“Kenderaan pengadu mengalami kerosakan teruk namun pengadu tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya dalam kenyataan semalam.

Bertindak atas laporan, Ku Mashariman berkata, sepasukan polis yang menjalanka­n siasatan menahan suspek di daerah ini pada jam 6.15 petang kelmarin.

Di samping itu, beliau berkata, semakan mendapati suspek mempunyai pelbagai rekod jenayah lampau dari 2014 dan masih dikehendak­i bersabit kes jenayah di daerah Cheras.

Katanya, suspek direman bagi siasatan mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan.

Tambahnya, kertas siasatan akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan tuduh.

 ?? ?? TANGKAP layar rakaman video menunjukka­n suspek merempuh kereta mangsa di Brickfield­s.
TANGKAP layar rakaman video menunjukka­n suspek merempuh kereta mangsa di Brickfield­s.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia