Harian Metro

NAFI NODA CUCU TIRI

Warga emas tak mengaku lakukan amang seksual pada budak perempuan di rumah rakit

- Oleh Muhamad Lokman Khairi am@hmetro.com.my Teluk Intan

Seorang warga emas mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, semalam atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap kanak-kanak perempuan yang juga cucu tirinya, Disember tahun lalu.

Tertuduh yang berusia 63 tahun membuat pengakuan itu sebaik sahaja pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Intan Nurul Farena Zainal Abidin.

Mengikut pertuduhan, penganggur itu didakwa melakukan perbuatan terbabit terhadap mangsa yang ketika itu berusia 11 tahun dalam sebuah bilik di rumah rakit di sini, jam 8 pagi, 24 Disember tahun lalu.

Berikutan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntu­kkan hukuman penjara hingga 20 tahun dan juga boleh dikenakan sebatan, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya, R Rishan Kumar menawarkan jaminan RM15,000 serta syarat tambahan supaya tertuduh tidak mengganggu mangsa sehingga kes selesai.

Peguam Jude Pereira merayu kepada mahkamah supaya wang jaminan dikurangka­n mengambil kira anak guamnya sudah berhenti kerja sebagai pemandu teksi, tiada punca pendapatan dan perlu menanggung kos rawatan isterinya di hospital kerana menghidap kanser.

Mahkamah membenarka­n tertuduh diikat jamin RM6,000 dengan seorang penjamin, syarat tambahan tidak mengganggu mangsa serta melaporkan diri di balai polis berhampira­n sebulan sekali.

Mahkamah menetapkan 28 Mei depan sebagai tarikh sebutan semula kes.

Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) sedang dalam proses perolehan untuk membeli 20 anjing pengesan dadah bagi membantera­s kegiatan penyeludup­an bahan terlarang itu di pintu masuk negara.

Timbalan Ketua Pengarah Kastam, Datuk Sazali Mohamad berkata, kesemua anjing yang diimport dari luar negara dengan kos RM1.9 juta itu dijangka diperolehi Jun depan.

“Antara langkah sedang

 ?? ?? WARGA emas yang dituduh melakukan amang seksual fizikal ke atas cucu tirinya.
WARGA emas yang dituduh melakukan amang seksual fizikal ke atas cucu tirinya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia