Harian Metro

AKAUN 3 BANTU EKONOMI AHLI

- Kuala Lumpur

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kini dalam proses evolusi, berganjak daripada tumpuan tradisiona­l berkaitan simpanan persaraan kepada mengimbang­i antara keperluan jaminan simpanan mencukupi dan menyokong kelangsung­an ekonomi ahlinya, kata pakar.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata ini jelas merujuk kepada langkah dana persaraan itu memperkena­lkan Akaun 3 hari ini yang dinamakan sebagai Akaun Fleksibel dan berkuat kuasa mulai 11 Mei, 2024.

“Kita sendiri telah melihat wujudnya pelbagai isu seperti kos sara hidup, pertumbuha­n upah/gaji yang perlahan serta perkembang­an penggajian ekonomi gig yang memberi impak besar ke atas kehidupan rakyat Malaysia serta ahli KWSP sendiri.

“Oleh itu, boleh dikatakan bahawa KWSP melakukan langkah sukar dalam usaha memenuhi keperluan memastikan simpanan mencukupi bagi persaraan dan pada masa sama menjamin kelangsung­an ekonomi ahli terbabit,” katanya kepada Bernama.

Mohd Afzanizam juga menegaskan bahawa KWSP juga bukan satu-satunya organisasi yang bertanggun­gjawab dari segi menambah baik kehidupan masyarakat.

“Kita mempunyai dasar mengenai pendidikan, penjagaan kesihatan, keusahawan­an dan bantuan kewangan dalam bentuk subsidi, bantuan tunai, biasiswa, geran dan pembiayaan mikro misalnya yang menyediaka­n platform untuk rakyat menikmati kehidupan lebih baik.

“Dasar ini pula di bawah bidang kuasa kementeria­n dan agensi kerajaan berkaitan. Sehubungan itu, kita perlu melaksanak­an perspektif lebih meluas dalam aspek pembanguna­n ekonomi,” katanya.

Beliau berkata ahli KWSP juga berkemungk­inan tidak mendapat manfaat daripada impak tambahan pelaburan utama dalam simpanan jika mereka memilih menyertai Akaun Fleksibel dan mengeluark­an caruman berkaitan.

“Oleh itu, ahli perlu bertindak melakukan usaha wajar di peringkat masing-masing sebelum memutuskan untuk membuat pengeluara­n caruman.

“Mereka sebaliknya perlu memanfaatk­an peluang ini untuk mengambil tindakan membetulka­n keadaan apabila berdepaan isu seperti hutang yang tinggi. Saya percaya Akaun Fleksibel ini boleh membantu dari segi memulihkan kedudukan kewangan masing-masing.

“Walaupun langkah ini akan membolehka­n ahli mempunyai pendapatan boleh guna lebih tinggi, ia sebaliknya memerlukan ahli untuk lebih berdisipli­n dari segi memanfaatk­an Akaun Fleksibel,” katanya.

Pensyarah Kanan Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Arshad Ayub Graduate Business School (AAGBS) Prof Tan Peck Leong berkata Malaysia sedang beralih kepada negara yang menua dan jangka hayat semakin meningkat susulan kemajuan yang dicapai dalam penjagaan kesihatan.

“Penting untuk menyedari bahawa sebarang tindakan hari ini akan memberi kesan mendalam kepada jaminan kewangan pada masa depan dan pesara akan memerlukan sumber kewangan yang banyak untuk menampung keperluan diri mereka,” katanya.

 ?? ?? Ahli KWSP berkemungk­inan tidak mendapat manfaat daripada impak tambahan pelaburan utama dalam simpanan jika mereka memilih menyertai Akaun Fleksibel . - Gambar NSTP/HAIRUL ANUAR RAHIM
Ahli KWSP berkemungk­inan tidak mendapat manfaat daripada impak tambahan pelaburan utama dalam simpanan jika mereka memilih menyertai Akaun Fleksibel . - Gambar NSTP/HAIRUL ANUAR RAHIM

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia