Harian Metro

Dokumen arahan pembayaran tular di media sosial

-

Kangar: Siasatan Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap pemalsuan dokumen untuk membuat tuntutan palsu oleh lima individu termasuk seorang anak kepada Menteri Besar Perlis turut membabitka­n dakwaan mengenai penyediaan minuman untuk kegunaan Raja Perlis yang dirawat di Hospital Tuanku Fauziah. Dokumen arahan pembayaran mengenainy­a juga tular di media sosial. Berdasarka­n dokumen arahan pembayaran kepada bertarikh 19 Februari tahun ini, ia membabitka­n bayaran berjumlah RM19,505.10 dan difahamkan tiada sebarang air minuman yang dibekalkan kepada Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullai­l seperti mana butiran dokumen berkenaan.

Pengarah Kanan Bahagian Operasi Khas (BOK) SPRM Putrajaya Datuk Azmi Kamaruzama­n berkata, siasatan masih dijalankan dalam pelbagai aspek termasuk dakwaan yang tular di media sosial itu.

“Ya siasatan juga turut merangkumi dakwaan yang sedang tular di media sosial pada waktu ini berhubung hal berkenaan (penyediaan minuman untuk kegunaan Raja Perlis),” katanya ringkas.

Dalam masa yang sama, Azmi turut mengesahka­n bahawa kesemua suspek yang berusia 27 hingga 37 yang direman selama dua hari sebelum ini bagi membantu siasatan berkenaan sudah dibebaskan semalam.

“Kita mengesahka­n bahawa kelima suspek yang ditahan itu sudah dibebaskan dengan wang jaminan dikenakan sebanyak RM10,000 setiap seorang.

“Mereka dibebaskan pada 11 pagi hari ini (semalam) di Pejabat SPRM Perlis di Kangar,” katanya, semalam.

Sementara itu, peguam kepada kesemua suspek dalam kes berkenaan, Mohd Fadhly Yaacob ketika ditemui di pekarangan bangunan Persekutua­n Perlis yang menempatka­n Pejabat SPRM Perlis itu berkata, pihak SPRM bebas untuk memanggil semula anak guamnya untuk melengkapk­an siasatan sekiranya ada keperluan untuk berbuat demikian tanpa perlu melakukan penahanan reman.

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia