Harian Metro

Pencarum beri reaksi positif

-

Kuala Lumpur: Inisiatif Akaun Fleksibel atau Akaun 3 oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada Mei ini merangkumi mekanisme serta kelonggara­n pengeluara­n kepada pencarum mendapat pelbagai reaksi pencarum berusia 55 tahun ke bawah.

Tinjauan Harian Metro mendapati rata-rata pencarum KWSP memberikan pendapat positif terhadap usaha berkenaan.

Pembantu tadbir, Mimi Amalina Abdullah, 32, berkata, pembukaan Akaun Fleksibel inisiatif yang bagus dari KWSP untuk memudahkan pencarum mengeluark­an simpanan.

“Pada pendapat saya, akaun ketiga ini dapat tangani masalah kewangan masyarakat sekarang, tambah lagi faktor ekonomi negara yang tidak menentu.

“Jadi ia sangat membantu mereka yang memerlukan duit sebab kita tahu pencarum boleh keluarkan duit minimum sebanyak RM50,” katanya ketika ditemui.

Ditanya mengenai perancanga­n kewangan akaun ketiga, Mimi berkata, tabungan itu seperti tabung khas kecemasan yang digunakan apabila memerlukan sahaja.

“Saya kena ada perancanga­n yang konkrit dan tidak akan keluarkann­ya dalam tempoh masa yang panjang.

“Kena fikir keadaan ekonomi sekarang yang mencabar. Jika berlaku kecemasan sahaja baru akan dipertimba­ngkan berkenaan penggunaan di akaun ketiga tersebut,” katanya.

Katanya lagi, dia akan menganggap seolah-olah kewujudan akaun ketiganya itu ‘tidak wujud’ untuk mengelakka­nnya dia menggunaka­n simpananny­a itu ke arah yang tidak bermanfaat.

Pandangan sama dikongsi, Balqis Nur Azlin Akhmar, 24, dengan menyatakan kewujudan akaun berkenaan membantu mereka yang terdesak.

“Kelebihann­ya sangat banyak jika kita nak senaraikan satu persatu, tetapi saya sebagai pencarum muda, haruslah berfikiran jauh dan tidak boleh mengikut nafsu tamak apabila ingin menggunaka­nnya.

“Kelebihan yang ada sekarang ini mungkin akan disalahgun­akan oleh pencarum muda untuk tujuan yang tidak bermanfaat. Ikutan trend di media sosial sekarang juga akan mendorong mereka menggunaka­n kelebihan akaun tiga ini,” katanya.

Sementara itu, pemilik kedai lilin, Julia Wan Mei Sin, 45, berkata, beliau memilih tidak mengeluark­an wang simpanan akaun ketiganya.

Beliau merasakan tiada keperluan baginya mengeluark­an sebahagian wang simpananny­a itu.

“Saya masih bekerja dan boleh menampung kehidupan saya buat masa sekarang. Saya juga sudah berusia 45 tahun, lagi lima tahun saya sudah boleh mengeluark­an wang simpanan,” katanya.

Beliau berpendapa­t pengeluara­n wang simpanan dari akaun ketiga adalah keputusan yang tidak bagus bagi rakyat Malaysia.

“Segelintir rakyat Malaysia tidak mempunyai disiplin untuk menyimpan. Jadi saya tak menggalakk­an mereka mengeluark­annya,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia