Harian Metro

Tiggo 9 model PHEV tenaga baharu

-

Beijing: Chery Internatio­nal melancarka­n pengenalan global untuk model Tiggo 9 Kenderaan Elektrik Hibrid Plug-In (PHEV) dengan ciri kenderaan tenaga baharu (NEV) di Pameran Automotif Antarabang­sa Beijing ke-18 (Auto China) 2024 di sini.

Ketua Pegawai Eksekutifn­ya, Zhu Shaodong berkata, model kenderaan utiliti sukan (SUV) itu yang pertama kali dilancarka­n pada 2005, menawarkan dengan ciri rekaan konsep Conquer dan Guard.

“Selama lebih dua dekad sejak Tiggo NCV diperkenal­kan dalam pasaran, ia bukan sahaja dikenali sebagai SUV dengan kualiti, prestasi dan rekaan yang bergaya, malah kini dengan ciri termaju serta ciri mesra alam,” katanya ketika pelancaran di sini, semalam.

Model itu sebagai varian tertinggi untuk model Tiggo 9 adalah visi dan inovasi jenama berkenaan, dengan sentuhan rekaan lebih segar dan ciri teknologi termaju.

Ruang kabinnya memiliki sistem infotainme­n 15.6 inci berdefinis­i tinggi dan kerusi yang diberi jahitan 3D, sekali gus menawarkan gaya lebih premium.

Selain itu, ciri lain ia dengan enjin 2.0 turbo menawarkan kuasa 235 kuasa kuda (Hp) dan tork 385Nm dengan sistem PHEV super hibrid 3DHT, menjana kuasa maksimum 165kW untuk capaian bahan api sekitar 5.2 liter untuk setiap 100 kilometer (km) yang mampu mencapai sehingga 1,400 km dengan setiap satu tangki penuh.

“Model Tiggo 9 PHEV bakal dilancarka­n pada suku keempat tahun ini untuk pasaran global, seiring dengan model pembakaran dalaman (ICE). Ia bakal menjadi era baharu dalam pasaran SUV premium dengan berteraska­n kemajuan dalam teknologi,” katanya.

Pameran Automotif Antarabang­sa Beijing ke-18 (Auto China) berlangsun­g di Pusat Pameran Antarabang­sa China (Shunyi) dari 25 April sehingga 4 Mei 2024.

Bertemakan New Era, New Cars, ia membabitka­n pameran berkaitan mobiliti masa depan, keterhubun­gan kenderaan, kenderaan tenaga baharu, unit kawalan kuasa, komponen dan alat ganti automotif.

Ia mempamerka­n 278 kenderaan tenaga baharu dengan lebih 117 pelancaran model global.

 ?? ?? TIGGO 9 dipamerkan di Pameran Automotif Antarabang­sa Beijing ke-18 (Auto China) 2024 di Beijing.
TIGGO 9 dipamerkan di Pameran Automotif Antarabang­sa Beijing ke-18 (Auto China) 2024 di Beijing.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia