Harian Metro

Serangan udara Israel di Rafah semakin galak

-

Gaza: Israel meningkatk­an serangan udara ke atas Rafah selepas berkata, ia memindahka­n orang awam dari bandar selatan Gaza itu.

Tentera rejim melancarka­n serangan habis-habisan walaupun menerima amaran daripada sekutunya bahawa tindakan itu boleh menyebabka­n kematian besar-besaran.

Pakar perubatan di kawasan Palestin yang dikepung itu melaporkan lima serangan udara Israel ke atas Rafah pada awal 25 April yang memusnahka­n tiga rumah, membunuh sekurang-kurangnya enam orang termasuk seorang wartawan tempatan.

“Kami takut apa yang berlaku lagi di Rafah. Tahap amaran sangat tinggi.

“Penduduk tidak dibenarkan pergi ke utara dan hanya terhad kepada kawasan yang sangat kecil,” kata Duta Palestin ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Ibrahim Khraishi kepada Reuters.

Semenanjun­g Gaza adalah 40 kilometer (km) panjang dan antara 5 km hingga 12 km lebar, dan satu daripada kawasan paling padat penduduk di dunia.

Pada bulan ketujuh perang udara dan darat yang dahsyat, tentera Israel meneruskan pengeboman di utara dan tengah enklaf itu, serta timur Khan Younis di selatan wilayah dikepung itu.

Matlamat Israel yang dinyatakan adalah memusnahka­n Hamas, walaupun tidak jelas bagaimana mereka melakukann­ya.

Pasukan PBB yang melawat untuk operasi bantuan maritim berlindung di dalam kubu pada 24 April selepas kawasan itu diserang, kata jurucakap pada Khamis lalu.

Kabinet perang Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu bermesyuar­at ‘untuk membincang­kan cara memusnahka­n sisa terakhir batalion Hamas di Rafah dan di tempat lain’, kata jurucakap kerajaan David Mencer. Beliau enggan menyatakan bila atau sama ada forum sulit itu mungkin memberi lampu hijau untuk operasi darat di Rafah.

Serangan Israel membunuh sekurang-kurangnya 34,305 rakyat Palestin, kata pihak berkuasa kesihatan Gaza pada 25 April.

Serangan tentera rejim memusnahka­n sebahagian besar kawasan perbandara­n, menyebabka­n kebanyakan daripada 2.3 juta pendudukny­a dipindahka­n dan menyebabka­n ramai mangsa kekurangan makanan, air serta rawatan perubatan. - Reuters

“Kami takut apa yang berlaku lagi di Rafah. Tahap amaran sangat tinggi Ibrahim

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia