Harian Metro

PROTES PELAJAR KIAN MEREBAK

Polis guna perengsa kimia, peranti kejutan elektrik surai penunjuk perasaan pro-Palestin bantah peperangan di Gaza

- AFP

Protes pro-Palestin yang menggempar­kan universiti di seluruh Amerika Syarikat (AS) merebak ke lebih banyak kampus, Khamis lalu.

Keadaan itu menyebabka­n pihak berkuasa kelihatan hilang sabar dan polis mula bertindak.

Di Universiti California Los Angeles (UCLA), pasukan antirusuha­n menggunaka­n perengsa bahan kimia dan peranti kejutan elektrik untuk menyuraika­n peserta demonstras­i.

“Selama 201 hari, dunia memerhati Israel membunuh lebih 30,000 rakyat Palestin.

“Aktivis menyeru gencatan senjata dalam perang Israel dengan Hamas, serta kolej didesak supaya memutuskan hubungan dengan Israel termasuk syarikat dikatakan mendapat keuntungan daripada konflik kemanusiaa­n itu.

“Hari ini, UCLA menyertai pelajar di seluruh negara dalam menuntut universiti kami melepaskan diri daripada syarikat yang mendapat keuntungan daripada pendudukan Israel, apartheid dan pembunuhan beramai-ramai di Palestin,”

kata mesej yang disiarkan dalam talian oleh penganjur protes baharu di UCLA.

Lebih 200 penunjuk perasaan ditangkap pada Rabu dan awal Khamis di universiti di Los Angeles, Boston

dan Austin serta Texas, apabila 2,000 orang berkumpul semula pada Khamis.

Di Kolej Emory di Atlanta, gambar menunjukka­n polis memegang peranti kejutan elektrik ketika

bergelut dengan penunjuk perasaan di atas rumput.

Pegawai polis yang memakai topeng gas menggunaka­n ikatan zip untuk menahan penunjuk perasaan, lapor laman web berita kolej itu, Emory Wheel.

Jabatan Polis Atlanta (APD) berkata, kolej itu meminta bantuan pihak berkuasa dalam ‘mengamanka­n semula kampus.’

Protes yang merebak di pusat pengajian tinggi AS bermula di Universiti Columbia di New York.

Bantahan itu menimbulka­n cabaran besar kepada pentadbir universiti yang cuba mengimbang­i komitmen

kampus terhadap kebebasan bersuara dengan aduan bahawa perhimpuna­n melepasi garisan sewajarnya.

Penyokong pro-Israel yang bimbang keselamata­n kampus mendakwa ada insiden anti-Semitik dan mendakwa, kampus menggalakk­an ucapan berbaur ugutan dan kebencian.

Protes juga berlaku di Universiti New York dan Universiti Yale, menyaksika­n puluhan pelajar ditangkap, awal minggu ini, selain di Universiti Harvard, Universiti Brown, Institut Teknologi Massachuse­tts (MIT) dan Universiti Michigan.

 ?? ?? PELAJAR yang menyertai bantahan pro-Palestin berkhemah di Universiti Washington FOTO AFP
PELAJAR yang menyertai bantahan pro-Palestin berkhemah di Universiti Washington FOTO AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia