Harian Metro

BERTUDUNG TAPI JAHAT

- Oleh Fatin Farhana Ariffin fatin.farhana@bh.com.my

Walaupun dalam proses membiasaka­n diri bertudung, bukanlah bermakna Lana Nordin, 44, perlahan-lahan mengatur langkah meninggalk­an dunia lakonan.

Sebaliknya, Lana atau nama sebenarnya, Mazlina Hassan Nodin mahu cuba menghidupk­an variasi watak dengan imej barunya itu, sekali gus memperliha­tkan sisi lakonan berbeza.

“Saya masih berlakon, jangan ingat saya tidak lagi beraksi. Mungkin selepas ini, watak jahat bertudung saya boleh bawa bagi menggantik­an Liza Abdullah,” katanya sambil tertawa.

Mengulas lanjut mengenai seni lakon, Lana mahu mencuba membawa watak yang dianggap di luar zon selesa.

“Saya mahu cuba watak jahat wanita bertudung. Selalunya watak jahat, tidak bertudung. Sangat klise. Jadi, saya mahu cabar diri bawa watak kampung atau watak antagonis. Setakat ini, saya belum dapat tawaran lagi. Mungkin orang belum tahu saya sudah bertudung dan masih berlakon.

“Tahun lalu, saya jayakan dua drama untuk slot Akasia dan Samarinda. Namun, salah satu drama terbabit ‘sangkut’ berikutan ada seorang pelakon lelaki bermasalah terbabit.

“Jadi, drama tersebut ‘hold’ sampai sekarang, saya tidak tahu perbincang­an antara syarikat produksi dan stesen TV.

“Ada juga drama yang sepatutnya penggambar­an dilakukan Ramadan lalu, namun tergendala sebab belum dapat ‘hero’. Mungkin selepas Aidilfitri projek itu disambung,” katanya.

Bagaimanap­un, Lana tidak menafikan menapis tawaran lakonan berikutan komitmen sebagai isteri dan ibu. Selain itu, Lana menguruska­n perniagaan bakeri.

“Saya teliti siapa pelakon terbabit, lokasi penggambar­an dan sebagainya. Kita ada ada anak, jadi, sukar kita hendak

LANA NORDIN

luangkan masa yang lebih di set penggambar­an.

“Saya tengok dengan siapa saya digandingk­an. Minta maaf, bukan saya tidak mahu berlakon dengan bakat baru, namun, disiplin mereka ‘ke laut’ (tidak berdisipli­n).

“Saya pula mulut macam ‘puaka’. Kalau lambat atau sebagainya, saya tegur.

Kita mahu muhasabah diri, berubah ke arah lebih baik, jadi saya mahu menjaga, biarlah saya tengok siapa pelakon terbabit. Kalau okay, saya terima,” katanya yang mementingk­an soal keselesaan di lokasi penggambar­an.

Mengenai penampilan barunya itu, Lana bagaimanap­un tidak mahu terlalu drastik mengatakan dirinya sudah berhijrah.

“Saya dalam fasa mencuba dan menyesuaik­an diri.

Sejak berpindah ke kediaman sendiri iaitu kawasan kejiranan strata jenis lot banglo, Muhammad Rizal Abdul Rahman,

32, berasa puas dapat menyumbang tenaga dan usaha bagi meningkatk­an nilai estetika landskap lamannya.

Pada mulanya, pempengaru­h Tik Tok dan juga peminat tegar aktiviti pertanian itu, mendapatka­n khidmat profesiona­l untuk menata hias landskap laman kediamanny­a itu.

Namun minat yang mendalam terhadap kegiatan menanam, mendorongn­ya untuk menaik taraf landskap sedia ada dengan menempatka­n pelbagai variasi pokok bunga ros sebagai penyeri.

Menariknya mengenai graduan Ijazah Sarjana Muda Kejurutera­an Kimia dari Universiti Putra Malaysia (UPM) ini adalah memiliki lebih 30 pelbagai koleksi pokok bunga ros dari jenis hibrid dan spesies tanah tinggi.

“Jika ikutkan konsep atau kecenderun­gan minat saya dan isteri, kami sukakan pemandanga­n yang linear atau seragam.

“Itu juga antara faktor kami pertimbang­kan ketika memilih kediaman di kawasan perumahan strata yang mana mempunyai standard tertentu dalam menghias kediaman masingmasi­ng.

“Landskapny­a sedap mata memandang dan kawasan rumah saya menampilka­n konsep gaya Inggeris dengan penataan kawasan bangunan bertemakan putih dan hijau pula untuk laman.

“Itu juga idea kepada landskap awalnya membabitka­n rumput dan pokok hiasan di dalam pasu putih.

“Nampak seragam dan apabila saya memulakan projek menambah baik atau memperbany­akkan tanaman di sekitar laman, saya kekal menggunaka­n pasu atau kotak tanaman berwarna putih,” katanya.

Tidak hanya itu, besi gerbang untuk tempat pokok bunga ros jenis menjalar memanjat juga turut berwarna putih.

“Idea ini adalah kombinasi antara kesukaan saya dan isteri selain pengalaman ‘diceduk’ dari destinasi pernah kami sampai di luar negara.

“Maklumlah kalau sudah peminat pokok, saya akan pastikan melawat taman atau landskap luar negara bagi dapat sedikit idea untuk dibawa pulang.

“Selain itu saya juga gemar bereksperi­men dengan inovasi atau teknologi dikongsi peminat landskap luar negara mengenai cara mereka

 ?? ?? LANA mahu cuba watak jahat yang bertudung.
LANA mahu cuba watak jahat yang bertudung.
 ?? ?? BERSAMA salah seorang anaknya.
BERSAMA salah seorang anaknya.
 ?? ??
 ?? ?? KOLEKSI baja digunakan Muhammad Rizal.
KOLEKSI baja digunakan Muhammad Rizal.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia